Bahasa

Menjelang PRU13, rundingan calon Pakatan masih belum selesai

PETALING JAYA, 4 April — Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR, DAP dan PAS masih belum selesai dengan rundingan senarai akhir calon  walaupun Dewan Rakyat sudah dibubarkan dan Pilihan Raya 2013 akan berlangsung tidak lama lagi.

Pemimpin utama PR yang ditemui selepas mesyuarat di ibu pejabat PKR berkata mereka masih memerlukan masa lagi untuk melengkapkan senarai akhir calon dan akan meneruskan perbincangan pada keesokkan hari.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditemui selepas mesyuarat di ibu pejabat Pakatan Rakyat hari ini. — Gambar oleh Choo Choo MayKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditemui selepas mesyuarat di ibu pejabat Pakatan Rakyat hari ini. — Gambar oleh Choo Choo May“Bersambung esok... esok kita bersambung,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya wartawan tentang senarai calon sebaik sahaja selesai bermesyuarat.

Semalam, timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PR akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan tentang senarai calon walau bagaimanapun pada saat akhir ia dibatalkan hari ini.

“Esok sambung mesyuarat tentang kerusi.

“Hari ini mesyuarat biasa-biasa sahaja,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pemimpin PAS Datuk Mustafa Ali dan Datuk Husam Musa yang ditemui juga memberitahu media tiada keputusan muktamad tentang calon diputuskan dalam mesyuarat hari ini dan berkata tunggu sehingga keputusan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi PR tidak lama lagi.

MENYUSUL LAGI

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.