KUALA LUMPUR, 3 Okt — Sekitar 200 ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket memprotes tindakan Putrajaya yang terus dengan pendiriannya mahu membacakan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 buat kali kedua pada sidang Parlimen yang bermula hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan MTUC meneruskan tindakan mereka di pekarangan pintu masuk Parlimen sekitar 11 pagi tadi selepas Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam kekal dengan pendirian mahu membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 untuk bacaan kali kedua.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Subramaniam sendiri.
Kumpulan yang berhimpun di kawasan Parlimen berteriak dan bernyanyi “Tarik balik! Tarik balik!” merujuk kepada Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 itu.
Menurut Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam, “kami meneruskan keputusan kami untuk mengadakan piket bagi melahirkan rasa kecewa kami dengan pindaan yang disyorkan.”
Khalid dan pemimpin-pemimpin MTUC dalam NLAC kemudian menyertai piket itu.
The Malaysian Insider difahamkan Kementerian Sumber Manusia akan meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010.
Bacaan itu juga telah disenaraikan dalam aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Di lokasi piket, Khalid berkata, “saya telah menyerahkan surat kepada menteri berkenaan dengan rang undang-undang.”
“Kami juga memberitahu bahawa kami kena berada di lokasi piket.
“Kami berharap kerajaan dan juga menteri berkaitan akan melihat kerisauan kami dan apa juga klausa yang kami telah bawa selama ini,” katanya lagi.
Kata Khalid, oleh kerana rang undang-undang itu tidak akan dibentangkan hari ini, maka MTUC akan mengadakan perbincangan mengenai tindakan susulan ketika mesyuarat majlis am kongres akan datang.






