Bahasa

Minda Pondok buat laporan polis terhadap Presiden PAS

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok, hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Binjai di sini oleh Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Mohd Syamsul Mohd Yussof, yang diiringi 20 anggota NGO itu pada 10 pagi.

Mohd Syamsul berkata Abdul Hadi membuat kenyataan itu dalam berita bertajuk "Umno Paling Kuat Menentang Islam Berbanding DAP" yang disiarkan akhbar Harakah.

"Ia adalah satu kenyataan fitnah dan berniat jahat kerana orang Umno adalah orang Islam," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu.

Presiden PAS itu dilapor mengeluarkan kenyataan berkenaan semasa Muktamar PAS ke-59 pada 29 November lepas. - Bernama, 12 Disember, 2013.

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments