Bahasa

MNLF beri amaran kemungkinan berlaku perang sivil di Sabah

Pembebasan Kebangsaan Moro ditemubual wartawan di lokasi yang tidak ditetapkan. — Gambar ReutersPembebasan Kebangsaan Moro ditemubual wartawan di lokasi yang tidak ditetapkan. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 2 Mac — Insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh bersenjata Filipina di Lahad Datu semalam berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya perang dingin, kata pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). 

“Saya khuatir akan berlaku perang sivil di Sabah kerana ada ribuan etnik Bangsamoro yang menetap di Sabah, kata Ketua Politik Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Haji Gapul Hajirul di petik Philippine Star semalam. 

Haji Gapul bagaimanapun berkata hanya Pengerusi MNLF yang “layak membuat keputusan berhubung perkara itu”, dan menambah pergerakan pembebasan Islam itu akan menuruti keputusan pemimpin mereka. 

Dipetik laporan Portal Philippine Star, 8,500 rakyat Filipina yang menetap di Sabah juga akan merasa simpati dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah. 

Sementara itu, kumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu turut mendakwa ketegangan di Sabah masih berterusan. 

Jurucakap penceroboh itu, Abraham Idjirani turut mendakwa pertempuran antara tentera penceroboh dan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu semalam sebagai “bencana”. 

“Tidak ... ketegangan masih belum tamat, kecuali ada persefahaman yang konkrit dapat dicapai ketiga-tiga parti,” katanya dipetik portal Filipina The Philippine Daily Inquirer semalam, merujuk kepada kerajaan kedua-dua negara, Malaysia dan Filipina termasuk Sultan Sulu. 

“Pendirian kami tidak berubah,  Rajah Mudah  Agbimuddin Kiram akan kekal di kawasan itu untuk mendisiplinkan (pengikut kami). Tapi jika Malaysia menyerang, kami akan lakukan perkara sama,” kata Idjirani. 

MENYUSUL LAGI

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.