Bahasa

MP Pakatan gesa operasi cegah jenayah diperluas seluruh WP

Oleh Nomy Nozwir
July 30, 2012

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) Wilayah Persekutuan (WP) menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar operasi pencegahan jenayah diperluaskan ke seluruh negeri tersebut.

Kenyataan yang dilakukan secara bersama oleh ahli-ahli parlimen PR itu menyatakan mereka menyambut baik usaha PDRM menangani jenayah melalui pelbagai operasi sepanjang bulan Ramadhan ini yang melibatkan 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk keselamatan penduduk akan diperluaskan ke Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail di Parlimen Segambut.

“Sehingga Januari 2011, kurang dari 14 peratus dari 105,929 orang anggota PDRM ditugaskan untuk siasatan jenayah (8 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah, 4 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, 1.3 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil),” kata MP PR dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Langkah itu adalah satu tindakan positif dari PDRM yang dipuji oleh MP PR namun menggesa agar PDRM tidak hanya fokus kepada dua kawasan tersebut sahaja.

“Walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun, penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain kejadian jenayah yang seakan-akan tidak berkurangan langsung.

“PR KL berpendapat gerak kerja PDRM di lapangan sebegini adalah langkah positif yang seharusnya dilaksanakan dpd peringkat awal. Malangnya, kontroversi penurunan statistik telah dijadikan alasan oleh kerajaan BN untuk berlengah-lengah sebelum bertindak,” kata MP PR lagi.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi