Bahasa

MTUC mahu DOSH siasat kematian akibat kemalangan di tempat kerja

PETALING JAYA, 3 Jun — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) melakukan siasatan segera berhubung tiga kemalangan di tempat kerja membabitkan kematian di Lembah Klang baru-baru ini.

Naib Presidennya A. Balasubramaniam berkata DOSH harus mengambil tindakan tegas terhadap majikan jika wujud unsur kecuaian dalam ketiga-tiga kes berkenaan.

Mereka yang bersalah harus dibawa ke muka pengadilan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pertama kira-kira sebulan lalu, seorang lelaki terbunuh apabila keretanya ditimpa objek yang jatuh daripada sebuah kren di kawasan pembinaan di Subang, manakala kejadian kedua membabitkan sebuah lori yang mengangkut beban berat terbalik dan membunuh seorang pengguna jalan raya.

Kejadian ketiga membabitkan seorang pekerja warga asing yang maut selepas dihempap kontena di Westports, Pelabuhan Klang. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments