Bahasa

Mufti Perlis tidak tersenarai sebagai calon PKR

April 19, 2013

Dr Juanda, yang sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Kangar. — Gambar fail oleh K.C. BoeyDr Juanda, yang sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Kangar. — Gambar fail oleh K.C. BoeyKUALA LUMPUR, 19 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tidak tersenarai sebagai calon PKR negeri tersebut untuk Pilihan Raya 2013.

Jangkaan ramai meleset apabila Pengerusi PKR Perlis Mohamad Faisol Abdul Rahman mengumumkan senarai calon bagi negeri tersebut yang tidak menamakan Dr Juanda dan PKR sendiri tidak bertanding bagi kerusi Parlimen.

“Mereka dipilih memiliki kredibiliti, bijak, mempunyai tahap kesihatan baik selain layak mentadbir negeri jika dipilih menjadi Exco,” katanya dipetik dari portal berita Sinar Harian Online.

Faisol mengesahkan PKR hanya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis.

Mereka adalah Tuan Marja Tuan Mat (Sena), Azhar Amier (Tambun Tulang), Ammar Ghazali (Mata Ayer), Wan Mohamad Fishaal Wan Daud (Chuping), Chai Ming Khai (Indera Kayangan) dan Noor Amin Ahmad (Kuala Perlis).

Sebelum ini Dr Juanda disebut-sebut bakal bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Kangar.

Ketiadaan Dr Juanda menyukarkan Pakatan Rakyat (PR) yang bercita-cita untuk merampas Perlis dari Barisan Nasional (BN).

Esok 20 April adalah hari penamaan calon bagi seluruh negara dan Pilihan Raya 2013 jatuh pada 5 Mei.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi