Muhyiddin adakan rumah terbuka Aidilfitri di Pagoh
PAGOH, 20 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Pekembar di sini hari ini.
Ribuan pengunjung daripada pelbagai kaum menghadiri majlis itu yang bermula pada 9 pagi.
Beraneka makanan dihidangkan kepada pengunjung di 20 gerai yang disediakan, antaranya nasi beriani, mi kari, kuih-muih dan aiskrim.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian termasuk artis Haziq AF. — Bernama




