Bahasa

Mukhriz menteri besar jika BN menang di Kedah, kata Najib

KUALA LUMPUR, 4 Mei —  Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), esok.

Perdana Menteri berkata Mukhriz, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan perancangan transformasi negara.

"Saya yakin beliau boleh memberi kepimpinan yang dinamik dan dapat memimpin negeri Kedah ke arah kejayaan yang lebih besar," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mukhriz, yang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Pengerusi BN Kedah, akan mencabar penyandang kerusi DUN Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad daripada PAS, pada PRU13. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments