Bahasa

Najib angkat sumpah jadi PM di Istana Negara 4 petang ini

Datuk Seri Najib Razak akan mengangkat sumpah di Istana Negara petang ini sebagai Perdana Menteri Malaysia. — Gambar failDatuk Seri Najib Razak akan mengangkat sumpah di Istana Negara petang ini sebagai Perdana Menteri Malaysia. — Gambar failKUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 4 petang hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Najib juga akan menyembah warkah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan terhadap senarai Jemaah Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri dalam masa terdekat.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.  — Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.