
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. — Gambar fail
Najib tidak menjawab soalan itu sebaliknya mahu ke soalan lain, soalan yang tidak berkaitan apabila menemui wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Beliau menjawab malam tadi menjawab isu-isu yang penting dan bahan api dibangkitkan minggu lalu oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah atas persetujuan Putrajaya untuk membentuk RCI.
Awal bulan ini, menteri persekutan dan presiden UPKU Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan di media Kabinet bersetuju untuk membentuk RCI.
Pemimpin negeri kemudian menjangkakan Najib secara rasmi akan mengumumkannya semasa lawatan kerja dua hari minggu lalu namun perdana menteri langsung tidak menyentuh perkara itu.
Khabar angin bermula dan laporan berita Internet dilaporkan berkata kemungkinan Najib mempunyai keputusan bertentangan dengan Kanbinet, ada yang mendakwa satu "pertemuan sulit" dengan pemimpin kuat Umno yang mengingatkan perdana menteri bahawa BN akan hilang sokongan kuat jika RCI tidak dibentuk.
Pemimpin parti pembangkang menggunakan peluang itu untuk menarik sokongan rakyat, menegaskan parti BN Sabah tidak memiliki pengaruh politik untuk membuat keputusan.
Penasihat DAP Lim Kit Siang menuntut penjelasan sama ada tuntutan Dompok hanya "berita panas."
Namun sumber BN Sabah mengesahkan bahawa kenyataan Dompok itu benar, berdasarkan minit mesyuarat Kabinet.
Pemimpin itu berkata menteri persekutuan itu bersetuju untuk pembentukan RCI pada 8 Februari dan menyerahkan tugas itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz untuk menyelaras skop siasatan.
Semasa mesyuarat terakhir Kabinet pada Rabu, 15 Februari, sehari sebelum lawatan kerja Najib di Sabah, Nazri membentangkan draf kasar terma-terma perbincangan RCI, kata pemimpin itu.
"Ia dibincangkan tetapi terma rujukan tidak dimuktamadkan kerana Kabinet mahu input parti BN Sabah dan kerajaan negeri.
"Dan untuk itu (sebab), ramai menjangkakan PM akan umumkan RCI pada 16 Februari, beliau belum bersedia untuk mengumumkannya," kata pemimpin BN itu.
Tetapi pemimpin itu mengakui sikap berdiam diri Najib itu tidak diduga bukan sahaja menimbulkan kemarahan tetapi memalukan pemimpin BN Sabah terutamanya UPKO dan PBS, yang menghebahkan kejayaan dalam mendesak pembentukan RCI.
Pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan masalah besar yang berlarutan sejak sekian lama dan ia mendatangkan pelbagai masalah kepada rakyat tempatan.
Berdasarkan jawapan diberikan di Parlimen tahun lalu, populasi penduduk Sabah seramai 651,304 pada 1970 dan bertambah kepada 929,299 sedekad kemudian. Tetapi dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu meningkat dengan mengejut iaitu seramai 1.5 juta rakyat, menjelang 2000 angka itu mencecah 2,468,246.
Laporan media berkata sejak 2010, jumlah itu semakin berkembang mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang.
Pihak pembangkang telah lama mengecam kerajaan BN kerana pertumbuhan penduduk mendadak itu, malah membuat dakwaan bahawa pendatang tanpa izin diberi kebenaran masuk ke negeri itu disertakan MyKad dan hak mengundi demi membantu BN kekal memerintah.






