Bahasa

Najib berjumpa dengan pemimpin BN Sabah

February 14, 2013

Najib dijadual menghadiri majlis serupa di Papar. – Gambar failNajib dijadual menghadiri majlis serupa di Papar. – Gambar failNajib dijadual menghadiri majlis serupa di Papar. – Gambar failNajib dijadual menghadiri majlis serupa di Papar. – Gambar fail

KOTA KINABALU, 14 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa lebih kurang sejam bersarapan bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, di sini.

Najib yang dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah mulai semalam, turut dihidangkan makanan tradisi Cina ‘Yee Sang’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Antara pemimpin BN Sabah yang hadir ialah Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Salleh Tun Said, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup, Pengerusi MCA Negeri Datuk Edward Khoo, Pengerusi MIC Negeri Datuk V. Jothi dan Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Gordon Leong.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata antara perkara yang dibincang ketika bersarapan ialah perkembangan terkini kejadian sekumpulan rakyat asing menyamar sebagai anggota tentera dan cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu Selasa lepas.

Perdana menteri diberitahu mengenai perkembangan kejadian itu oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang sebelum itu diberi taklimat oleh polis.

Abdul Rahman berkata selain kejadian itu, Najib meminta pemimpin BN negeri meningkatkan usaha mendekatkan diri kepada rakyat, terutama dalam memastikan sokongan rakyat berpihak kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Selepas bersarapan, perdana menteri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki helikopter ke Beaufort bagi menghadiri Majlis Bersama Rakyat.

Najib dijadual menghadiri majlis serupa di Papar dan melancarkan Program Nadi Kasih peringkat negeri di Tuaran. – Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi