Bahasa

Najib ingatkan masyarakat Sikh tentang sumbangan BN menjelang PRU13

Najib berkata kerajaan BN telah memberikan sebanyak RM21 juta kepada organisasi yang mewakili masyarakat Sikh sejak 2008. - Gambar oleh Choo Choy MayNajib berkata kerajaan BN telah memberikan sebanyak RM21 juta kepada organisasi yang mewakili masyarakat Sikh sejak 2008. - Gambar oleh Choo Choy May

PETALING JAYA, 14 April — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan masyarakat Sikh sumbangan Barisan Nasional (BN) kepada mereka termasuk peruntukkan wang berkala dan menggesa mereka mengundi gabungan tersebut menjelang Pilihan Raya 2013.

Pada sambutan Amid Vaisakhi disini, perdana menteri kerajaan sementara tersebut berkata pengagihan wang kepada badan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat tersebut adalah bukti kerajaannya menghargai

pengundi kumpulan tersebut yang terdiri kurang lima peratus daripada jumlah pengundi.

“Hari ini, apabila saya melawat anda disini, saya tunjukkan kepada anda, saya lakukan apa yang saya kata. Saya adalah perdana menteri kepada semua rakyat Malaysia,”  kata beliau kepada ratusan hadirin yang hadir di gurdawara tempatan disini.

“Ini membuktikan kita mengamalkan polisi inklusif yang menekankan prinsip 1 Malaysia. Ia bukan hanya untuk majoriti, ia bermakna masyarakat kecil seperti Sikh akan menikmati manfaatnya,” tambah beliau.

Sejak 2008 hingga sekarang, Najib berkata kerajaan BN telah memberikan sebanyak RM21 juta kepada organisasi yang mewakili masyarakat Sikh.

Kerajaannya juga membantu lebih banyak pembinaan gurdawara dan pusat pembelajaran bahasa Punjabi, disamping beberapa perlantikkan beberapa Sikh yang memegang kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Najib berkata semua menunjukkan keikhlasan BN yang berusaha untuk menjaga masyarakat minoriti dan pada masa sama gabungan tersebut mengiktiraf sumbangan Sikh kepada negara.

MENYUSUL LAGI

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.