Bahasa

Najib kutuk Tian Chua tuduh insiden Lahad Datu konspirasi Umno

Najib berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang. – Gambar failNajib berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang. – Gambar fail

KANGAR, 3 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk keras kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menuduh insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah “konspirasi terancang kerajaan Umno”.

Perdana menteri berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.

“Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca.

“Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian. Dalam soal keselamatan kami tidak

sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia,” kata perdana menteri semasa berucap merasmikan program jelajah ‘Janji Di Tepati’ peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

Najib yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir pada pelancaran itu Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu. – Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.