Bahasa

Najib mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah

Najib menyelesaikan proses mengundi pada 9.15 pagi. - Gambar Reuters Najib menyelesaikan proses mengundi pada 9.15 pagi. - Gambar Reuters PEKAN, 5 Mei — Datuk Seri Najib Razak  hari ini mengundi di Pusat Mengundi Parlimen Pekan di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Najib yang berkemeja putih diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berbaju kurung merah jambu bersama anak lelaki mereka Norashman tiba di pusat mengundi pada pukul 9.10 pagi.

Najib menyelesaikan proses mengundi pada 9.15 pagi dan meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi dan petugas pilihan raya sebelum meninjau pusat-pusat pengundian yang lain di kawasan Parlimen Pekan.

Perdana Menteri mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Fariz Abdul Talib.

Pada pilihan raya umum 2008 beliau menewaskan calon PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dengan majoriti 26,464 undi. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments