Bahasa

Najib minta ahli Umno rapatkan saf, beri amaran tentang sabotaj parti

November 27, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. — Gambar failPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. — Gambar failKUALA LUMPUR, 27 Nov — Isu perpaduan menjadi tajuk utama ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam taklimat hari ini dalam rangka persediaan parti terbesar tersebut menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kepada pemimpin tertinggi  parti terbesar negara itu, mesej Najib sangat jelas, bersatu atau bersedia menghadapi kekalahan, kebanyakkan yang ditemui bertenaga selepas meninggalkan taklimat tersebut.

Mereka mengatakan perdana menteri keenam tersebut mengingatkan mereka tentang pentingnya kesetiaan kepada parti untuk menjamin Umno terus menerajui negara selepas kejutan dalam pilihan raya 2008.

Pemimpin yang ditemui selepas taklimat Najib mengatakan, presiden menegaskan tentang bagaimana sabotaj dalaman hampir menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pada pilihan raya lalu.

"Beliau mengingatkan ahli parti tentang perkara yang boleh menghancurkan parti seperti sabotaj dalaman.

"Beliau mengatakan apa yang penting adalah kami berikan sokongan padu kepada sesiapa sahaja yang terpilih untuk mewakili kami dan menegaskan jika tidak bersatu, siapa sahaja calon pasti akan kalah," kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid kepada pemberita diluar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, presiden memberitahu pemimpin akar umbi agar memastikan BN diberikan mandat baru selepas pilihan raya akan datang.

Beliau mengingatkan BN telah memenangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008, sambil menambah bahawa ini adalah satu petunjuk jelas bahawa sokongan telah kembali kepada pakatan pemerintah tersebut.

“Ini seharusnya mendorong Umno-BN untuk bekerja lebih keras lagi kerana jika terdapat orang-orang mendakwa bahawa Umno tidak lagi relevan ... Ini adalah bukti, dan kemenangan keseluruhan boleh dicapai jika jentera kami, ahli-ahli kami bekerja dalam perpaduan,” kata ahli parlimen Bagan Datoh itu.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, berkata mesej Najib hari ini akan menetapkan nada bagi perhimpunan agung parti itu, berlangsung sehingga Sabtu.

Beliau berkata perpaduan penting untuk memastikan kelangsungan hidup parti itu, sambil menambah perlunya bagi mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut menjalankan kehendak perdana menteri.

“Akhirnya, jangan sabotaj parti atau menghina perjuangan kami ... ini adalah masa kita akan diuji. Perpaduan penting ... kita mesti bekerja keras jika kita benar-benar sayangkan parti ... dan kita mesti menerima realiti bahawa orang-orang yang menentukan kebangkitan dan kejatuhan Umno bukan sahaja ahli-ahlinya tetapi rakyat di luar sana, “ kata ahli parlimen Sembrong itu.

Pada perhimpunan Umno Disember tahun lepas, perwakilan mengangkat “sumpah bai’ah”, satu langkah simbolik oleh parti untuk mengelakkan perbalahan dan sabotaj dalaman menjelang pilihan raya umum.

Pada ketika itu, Najib memberitahu seramai 5477 perwakilan tentang pilihan raya akan menjadi “paling kritikal” setakat ini untuk parti pemerintah, turut mengulangi tentang pentingnya bersatu.

“Sumpah bai’ah yang diketuai oleh timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) saya sebelum mencerminkan kesediaan kami untuk mengetepikan perbezaan serta tindakan yang boleh mengancam parti.

“Saya harap kita dapat memenuhi janji ini,” Najib menerangkan kemudian.

 

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula berkata Najib menegaskan perpaduan adalah kunci kejayaan parti, sambil menambah perdana menteri mahukan parti lebih bersedia dalam menghadapi pilihan raya.

"Untuk mempertahankan kedudukan, yang terbaik untuk bertahan adalah dengan menyerang. Bila kita kata menyerang, ia bermaksud kita mesti bertemu rakyat dan beritahu visi dan halatuju supaya mereka lebih memahami," katanya.

Ahli parlimen Kuala Kangsar dan Umno veteran Tan Sri Rafidah Aziz berkata jika perwakilan Umno tidak mengendahkan amaran Perdana Menteri dan menyedari bahawa beberapa kerugian parti pada pilihan raya umum 2008 akibat sabotaj dalaman, parti boleh mencapai keputusan baik pada pilihan raya akan datang.

“Jika kita ... mengatasi masalah ini, kita tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang kita buat, saya boleh beritahu anda, kita akan menang besar,” bekas ketua Wanita Umno itu.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi