Bahasa

Najib: Pilihan Raya 2013 adalah pilihan raya sosial media pertama

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Pilihan Raya 2013 bakal menjadi “pilihan raya media sosial” pertama di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil mengulangi pendirian laman maya seperti Facebook dan Twitter adalah kunci utama kepada Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan Putrajaya.

Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com. — Gambar ReutersKira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com. — Gambar Reuters“Bulan-bulan akan datang merupakan tempoh yang menarik untuk rakyat dalam dua perkara, politik dan Internet.

“Saya amat yakin dan meramalkan bahawa kali ini akan menjadi ‘pilihan raya sosial media’ pertama Malaysia,” kata pengerus BN yang memiliki sejuta pengikut dalam laman mikro Twitter dan juga 1.2 juta “likes” dalam Facebook pada majlis Minggu Media Sosial hari ini.

Perdana menteri keenam negara baru-baru ini mengakui bahawa media sosial boleh menjadi kunci utama kepada partinya Umno, mengakui bahawa ruang maya adalah antara punca BN merekodkan kekalahan dan kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya lalu.

Bulan lalu, Najib memberitahu Fareed Zakaria, wartawan kanan CNN dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland, pengundi semakin terdidik dan berfikiran kritikal. serta mengakui media sosial memberi kesan  baik dan buruk bagi Umno.

BN kehilangan dua per tiga majoriti tradisi dalam Parlimen pada pilihan raya 2008, menyaksikan empat buat negeri — Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor jatuh ke tangan PAS, PKR dan DAP, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR).

Najib menegaskan pengundi pada pilihan raya akan datang menekankan apa yang kerajaan mahu lakukan pada masa hadapan.

Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com.

29 peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.

Najib mempunyai 1.3 juta ‘peminat’ dalam laman Facebooknya, berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu 428,371 ‘peminat’.

Dalam masa laporan ini ditulis, Najib mempunyai 1.2 juta ‘pengikut’ Twitter, berbanding Anwar 234,607.

Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan.

Pada pilihan raya ke-13 yang akan dilangsungkan selewat-lewatnya April, akan menyaksikan pertarungan sengit, dengan kajian dari Universiti Malaya menyaksikan pengundi muda mewakili majoriti dalam pengundi atas pagar.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.