Bahasa

Najib Razak serah kepada pihak berkuasa siasat Suaram

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan penyaluran dana asing kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

“Biar pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa berkaitan siasat (perkara itu),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pudu Sentral di sini, hari ini.

Sebelum ini, siasatan awal SSM mendapati wujud transaksi dana antara Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Suaram yang mendakwa mereka sebagai sebuah badan bukan kerajaan didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Arab Saudi menolak permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia, Najib berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan negara itu untuk membuat keputusan. — Bernama

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments