Bahasa

Najib, Rosmah hadir persandingan anak Menteri Kewangan Kedua

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis persandingan anak lelaki Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di sini malam ini.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor (gambar), disambut Ahmad Husni dan isterinya Datin Seri Fauziah Kamarudin setibanya mereka pada kira-kira 8.45 malam.

Najib dan isterinya diberi penghormatan memulakan upacara merenjis tepung tawar pasangan pengantin Muhammad Ahmad Husni dan Wan Suhaily Mior Ahmad Sabri, kedua-duanya berusia dalam lingkungan 20-an.

Muhammad merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa menteri dan timbalan menteri. — Bernama

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments