Bahasa

Najib tiba di Kelantan untuk lawatan sehari

Najib akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di Tanah Merah. – Gambar failNajib akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di Tanah Merah. – Gambar fail

KOTA BARU, 15 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, untuk lawatan kerja sehari ke Kelantan hari ini.

Ketibaan Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 9.40 pagi itu disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten, Pengerusi MIC Kelantan M. Kuppusamy dan pemimpin parti komponen yang lain.

Perdana Menteri kemudian menaiki helikopter ke Kuala Krai bagi  menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai yang dijadual pukul 10 pagi.

Beliau kemudian akan menaiki helikopter ke Tanah Merah bagi menunaikan solat Jumaat diikuti jamuan rakyat di Masjid Batu 11, Tanah Merah.

Najib selepas itu akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di Tanah Merah.

Perdana Menteri kemudian akan menaiki helikopter ke Kota Baharu bagi merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Mesra Rakyat di Wakaf Mek Zainab di sini, sebelum ke Kem Lapan Briged, Pengkalan Chepa untuk bertemu  keluarga dua wira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Selasa  lalu.

Sementara itu Rosmah dijadualkan Ke Kem Lapan Briged itu untuk  menghadiri solat hajat, tahlil dan bacaan yasin untuk perwira negara  pada pukul 3 petang.

Perdana Menteri dan isteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada lewat petang. – Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments