Bahasa

Nasha digugurkan dari Majlis Syura

Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas... maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian hari ini.

Nasharuddin (gambar) baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Lawatan tersebut walau bagaimanapun dikecam oleh Presiden Mahmoud Abbas yang mewakili pergerakkan Fatah.

"Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak menghubungi Nasharuddin, yang merupakan ahli parlimen Bachok.

"Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti," katanya lagi.

Pada September tahun lalu, Majlis Syura menjadi perhatian apabila kedengaran desas-desus membincangkan perkara mengenai bekas timbalan presiden PAS itu, bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Isu itu berlaku apabila Nasharuddin menggesa PAS mengkaji semula keanggotaan dan kerjasama parti Islam tersebut dengan Pakatan Rakyat, berikutan percanggahan pendapat beliau dengan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments