Bahasa

NGO sokong Suaram, desak kerajaan hentikan gangguan

Oleh Hafidz Baharom
September 11, 2012

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berdiri bersatu dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan meminta kerajaan untuk berhenti menggunakan penjawat awam untuk mengganggu mereka.

Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu pemberita bahawa pihak berkuasa sendiri tidak secara langsung menyiasat ke Suaram, sekali gus meningkatkan syak wasangka tentang motivasi politik.

“Kami juga ingin mempersoalkan mengapa Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanya melancarkan siasatan sekarang, selepas presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mempersoalkan kesahihan Suaram sebagai sebuah NGO,” kata Ambiga, yang mewakili 135 NGO.

Minggu lepas, SSM menyerbu pejabat Suara Inisiatif Sdn Bhd, entiti operasi Suaram, satu langkah yang Tony Pua dari DAP katakan sebagai satu petunjuk bahawa suruhanjaya itu hanya bertindak ke atas “permintaan kerajaan yang bermotifkan politik “.

Semalam, menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengatakan akaun Suara Inisiatif adalah “sangat meragukan”.

Suaram yang ditubuhkan pada tahun 1989 disiasat oleh SSM sejak awal 2012 oleh kerana didaftarkan sebagai sebuah syarikat dan bukannya pertubuhan – menjadi satu trend dikalangan NGO di Malaysia oleh kerana permohonan mereka untuk dibawah Akta Pertubuhan 1966 ditolak oleh kerajaan.

Suaram telah menerima tekanan yang besar selepas membawa kes pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan Malaysia ke mahkamah Perancis atas dakwaan rasuah.

Apabila ditanya oleh pemberita untuk tentang penerimaan dana asing, pengarah Suaram, Dr Kua Kia Soong berkata banyak NGO yang menggunakan dana asing untuk program tanpa campur tangan atau nasihat daripada pihak-pihak itu.

 “Duit George Soros adalah duit beliau, apa yang beliau lakukan adalah urusan beliau sendiri, sebab utama kerajaan lakukan ini oleh kerana beliau terlibat dengan spekulasi matawang akhir 1990an dulu, tambah beliau.

Kua merujuk kepada tuduhan akhbar berbahasa Melayu semalam bahawa Suaram terima wang dari Yayasan George Soros dan merupakan agen kepada spekulator matawang tersebut.

 “Ia bukanlah dana asing tetapi merupakan dana global.

 “Kerajaan menerima dana yang sama untuk program mereka, apakah mereka juga agen asing?” kata pengarah eksekutif Women’s Aid Organization (WAO).

Pengarah eksekutif Komas, Tan Jo Hann menambah bahawa pembiayaan telah diberikan untuk menyokong inisiatif NGO dan bukan oleh pemberi dana asing.

 “Jika kamu lihat kepada organisasi yang berkait kerajaan, anda akan mendapati mereka juga menerima dana asing.

“Kami ingin memberitahu kerajaan bahawa, Suaram tidak berdiri sendiri, kami menyokong mereka,” kata Ambiga.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi