Bahasa

Nik Nazmi didakwa kerana perhimpunan Kelana Jaya, akan failkan permohonan ketepikan kes

Oleh Ida Lim
May 17, 2013
Latest Update: May 17, 2013 09:05 pm

Nik Nazmi bercakap kepada media di luar mahkamah. — Gambar oleh Choo Choy MayNik Nazmi bercakap kepada media di luar mahkamah. — Gambar oleh Choo Choy MayPETALING JAYA, 17 Mei — Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen di sini.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 9 (5) dalam akta sama, Nik Nazmi boleh didenda sehingga RM10,000 yang boleh menyebabkan beliau hilang kerusi DUN Seri Setia.

Akan tetapi peguamnya Eric Paulsen memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob, beliau akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan kes itu.

Paulsen mengatakan, beliau akan mendapatkan deklarasi dari Mahkamah Tinggi bahawa Seksyen 9 dari PAA 2012 bertentangan dengan Perlembagaan.

Beliau juga akan berhujah di Mahkamah Tinggi bahawa pendakwaan terhadap Nik Nazmi adalah “penyalahgunaan proses mahkamah” dan merupakan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik serta dilakukan dengan niat tidak baik.

“Ini adalah jelas usaha untuk menyekat pembangkang,” Paulsen memberitahu pemberita di luar bilik mahkamah.

Nik Nazmi disambut oleh penyokong semasa tiba di mahkamah.Nik Nazmi disambut oleh penyokong semasa tiba di mahkamah.Tarikh pengurusan kes Mahkamah Sesyen itu telah ditetapkan pada 4 Jun.

Rabu lalu, ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) memenuhi stadium Kelana Jaya untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil, beberapa hari selepas Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dengan kemenangan 133 kerusi Parlimen berbanding pembangkang yang mendapat 89 kerusi.

Nik Nazmi disiasat oleh polis pada 10 Mei berhubung peranannya dalam perhimpunan tersebut.

PKR minggu lalu mendesak Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menggugurkan siasatan terhadap 28 daripada 33 pemidato semasa perhimpunan Kelana Jaya, berikutan dengan kenyataan polis ucapan mereka menyalahi Akta Hasutan 1948.

PR telah mengatakan akan meneruskan perhimpunan yang digelar “Black 505” dengan salah satu daripadanya akan diadakan di Negeri Sembilan dan tiga perhimpunan di beberapa negeri — Kedah, Terengganu dan Melaka.

Negeri-negeri lain yang telah diadakan perhimpunan adalah Pulau Pinang, Johor, Perak dan Pahang.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi