Bahasa

Noriah Kasnon dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Noriah Kasnon ditukar sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkuatkuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di dalam kenyataan media hari ini berkata, pertukaran jawatan itu berikutan tamat perkhidmatan Datuk Heng Seai Kie sebagai Timbalan Menteri KPWKM pada 15 November lepas.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ditukar jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 20 November 2012,” katanya.

Noriah sebelum ini pernah menyandang jawatan sama pada Mac 2008 hingga April 2009.

Beliau berkata sebagai menghargai pengalaman dan perkhidmatan Heng, Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersetuju melantik beliau sebagai Penasihat kepada KPWKM.

Heng dilantik sebagai senator pada 16 November 2006.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu hanya boleh memegang jawatan senator untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments