Bahasa

Ops Daulat diteruskan pagi ini, keadaan terkawal

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. – Gambar Reuters Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. – Gambar Reuters

LAHAD DATU, 6 Mac — Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal.

Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan..

Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai.

Di SEMPORNA keadaan juga dilapor tenang dengan masyarakat meneruskan tugasan harian mereka serta premis perniagaan dibuka seperti biasa pada pagi ini. – Bernama

 

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments