PAGE: Pelan pendidikan baru tidak lebih daripada ‘penjenamaan semula’
Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia mengkritik panel penasihat pelan tindakan kerana tidak menekankan kepentingan bahasa Inggeris. — Gambar oleh Siow Feng SawKUALA LUMPUR, 12 Sept — Pelan tindakan pendidikan Malaysia yang diumumkan semalam tidak lebih daripada “penjenamaan semula”, kata Datin Noor Azimah Abdul Rahim, pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE).
Komen beliau datang selepas pentadbiran Najib melancarkan pelan induk pendidikan baru dari 2013-2025 yang bertujuan untuk mereformasikan sistem pendidikan Malaysia dan menjadikan ia setanding dengan negara maju.
PAGE telah berada di barisan hadapan dalam kempen untuk mempertahankan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada matapelajaran Sains dan Matematik yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak diteruskan oleh pengantinya.
“Anda menjangkakan lebih apabila kerajaan menggunakan istilah seperti ‘transformasi’ dan ‘kajian’.
“Mujurlah, mereka (kerajaan) mempunyai hingga Disember menjadikan ia satu transformasi yang betul.”
Noor Azimah juga mengkritik panel penasihat pelan tindakan kerana tidak menekankan kepentingan bahasa Inggeris, dan mengkhususkan penasihat dari Korea Selatan dan Singapura.
“Korea (Selatan) menghabiskan dua puluh peratus daripada bajet pendidikan mereka untuk mengajar rakyat mereka Inggeris, dan kemudian terdapat Singapura yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama mereka.
“Mengapa tidak bersuara untuk keperluan Bahasa Inggeris?”
Pelan induk, bagaimanapun, menyokong bilingualisme dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Noor Azimah berkata beliau kecewa bahawa tiga tuntutan PAGE tidak dibawa masuk dalam pelan tindakan.
“Terdapat tiga item panas yang kita suarakan semasa meja persidangan meja bulat — memperkenalkan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan keperluan untuk menteri pendidikan yang bukan seorang ahli politik — tidak satupun dimasukkan.”
Apabila ditanya mengenai ketiadaan laporan UNESCO dalam pengumuman tersebut, Noor Azimah berkata ia adalah bukti bahawa kerajaan kurang telus.
Laporan UNESCO telah dilakukan menjelang April tahun ini dan dalam satu persidangan meja bulat, mereka menyebut secara khusus tentang keperluan untuk menkaji semula penggunaan bahasa bagi kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains.
“Jika kerajaan ini tidak mahu mendengar nasihat pakar asing, tidak perlu bersusah payah merekrut mereka.”
PAGE telah aktif melobi untuk memberikan anak-anak pilihan bagi mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris — lingua franca kedua-dua mata pelajaran — mengatakan bahawa kesan tidak melakukan demikian boleh menjadi buruk, termasuk penurunan berterusan dalam minat terhadap sains.
Pentadbiran Najib bagaimanapun terperangkap di antara kumpulan bahasa yang berbeza, masing-masing dengan agenda mereka sendiri.
Pelan induk pendidikan tersebut menyentuh mengenai keperluan penguasaan dwibahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui kaedah pengajaran yang lebih baik.
Perdana menteri juga menegaskan dalam ucapannya semasa pelancaran itu bahawa penguasaan bahasa Inggeris adalah satu aset yang bernilai tanpa meninggirkan kepentingan bahasa kebangsaan.
Pelan induk bagaimanapun tidak memberi petunjuk sama ada pengajaran matematik dan sains dalam kembali diajar dalam bahasa Inggeris kembali kepada sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium.
Laporan penuh pelan induk pendidikan boleh didapati secara percuma di laman web Kementerian Pendidikan.





