Bahasa

Pak Samad sedia untuk Bersih 3.0, mahu ribuan rakyat sertai

Oleh Clara Chooi
April 05, 2012

KUALA LUMPUR, 5 April — Ikon sastera negara Datuk A. Samad Said yang menjadi perhatian tahun lalu apabila berjaya menyerahkan memorandum reformasi sistem pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Hari ini, beliau “terganggu” bahawa tiada reformasi sistem pilihan raya yang sebenar dilakukan sejak perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Pak Samad menyertai Datuk Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandu yang lain di sidang media petang semalam. — Foto Jack OoiPak Samad menyertai Datuk Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandu yang lain di sidang media petang semalam. — Foto Jack OoiSasterawan Negara yang lembut percakapannya memberitahu The Malaysian Insider berulang kali bahawa beliau “tidak gembira” dengan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang dibentangkan di Parlimen, pada Selasa lalu.

Kerajaan dan kegagalan PSC untuk mencadangkan pembaharuan menyeluruh, kata Samad, ia merupakan “alasan baik” mengapa Bersih 3.0 “perlu” diadakan.

“Saya tidak gembira dengan apa yang berlaku. Saya tidak gembira. Tidak gembira,” katanya.

“Jadi sebab itu saya rasa, disebabkan apa yang sedang berlaku ia amat mengganggu pada pendapat saya.

“Itu satu alasan yang baik mengapa kami sepatutnya mengadakannya (Bersih 3.0),” katanya.

Samad atau lebih dikenali sebagai “Pak Samad” berkata demikian kepada The Malaysian Insider selepas sidang media petang semalam bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan ahli jawatankuasa pemandu yang lain.

Kumpulan itu mengumumkan akan mengadakan “Bersih 3.0”, perhimpunan ketiga untuk pilihan raya bersih dan adil, yang dijadualkan dari pukul 2 petang hingga 4 petang di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Mengenai “Bersih 3.0”, Pak Samad berkata mana-mana reformasi untuk proses pilihan raya, sama ada dicadangkan PSC atau tidak, “harus” dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata laporan PSC telah diserahkan kepada Dewan Rakyat tanpa dibahaskan, menjelaskan tiada tempoh ditetapkan untuk melaksanakan 22 cadangan pembaharuan itu.

Panel itu, katanya, sepatutnya melakukan yang lebih baik.

“Mereka sepatutnya melakukan yang lebih baik, sebenarnya,” katanya. “Kerana mereka tidak mengatakan bila cadangan ini dilaksanakan.

“Kerana, apa yang kami tahu semua cadangan ini perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya.”

Beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil bahagian pada 28 April ini.

“Saya harap (lebih ramai akan sertai). Kerana ia bukan sahaja di KL tapi di negeri lain dan seluruh dunia,” katanya.

Beliau sekali lagi melahirkan kesediaan untuk mengetuai ribuan rakyat untuk “Bersih 3.0” yang mana beliau meramalkan sekurang-kurangnya 500,000 orang di seluruh dunia.

Pada Bersih 2.0, 9 Julai lalu, Pak Samad terpaksa berkaki ayam untuk mengharungi perhimpunan itu.

Kata Pak Samad, beliau kehilangan kasutnya semasa keadaan kelam-kabut akibat gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan pihak berkuasa namun selepas itu seorang individu yang tidak dikenali memberikan sepasang selipar kepadanya.

Selepas perhimpunan itu, pemerhati politik menggelar Pak Samad sebagai “ikon” Bersih, mengatakan walaupun beliau bukan seorang ahli politik tetapi penglibatannya membantu membuang tanggapan kumpulan itu adalah untuk politik.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi