Bahasa

Pakatan guna isu royalti minyak untuk pertahan Kelantan

Protes kreatif menuntut Royalti. — Gambar oleh Saw Siow FengProtes kreatif menuntut Royalti. — Gambar oleh Saw Siow FengKOTA BHARU, 17 Nov — Pertarungan merebut Kelantan bermula apabila Pakatan Rakyat (PR) berjanji kepada pengundi malam semalam bahawa royalti minyak akan dikembalikan kepada rakyat negeri tersebut sekiranya mereka menawan Putrajaya, bakal menjadi isu pilihan raya yang perlu diadakan dalam tempoh enam bulan.

Janji itu dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapan lebih sepuluh ribu rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Mohammad IV dalam sebuah program PR dinamakan “Himpunan Kebangkitan Rakyat”.

“Hari ini kita bentuk kerajaan, esok kita akan turunkan harga minyak,” janji bakal perdana menteri PR itu.

“Kemudian kita akan pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

“Kami bahkan tidak memerlukan jawatankuasa,” katanya, merujuk kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada bulan Ogos oleh kerajaan pusat untuk melihat ke dalam pengagihan “adil” bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menghadapi lebih 10,000 membanjiri Stadium Sultan Mohammad IV.Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menghadapi lebih 10,000 membanjiri Stadium Sultan Mohammad IV.Apabila mengambil pentas, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bersetuju dengan sekutu politik beliau.

“Kerajaan ini adalah paling teruk dalam menghormati perjanjian,” katanya.

“Kita perlu menukar kerajaan untuk mendapatkan royalti.”

Mohamad juga melahirkan kemarahan beliau di atas tawaran royalti minyak ke negeri Pahang dengan berita penemuan minyak jauh dari pantai negeri tersebut.

“Ini menunjukkan bagaimana kerajaan ini tidak mempunyai maruah. Mereka menawarkan royalti ke Pahang ... mereka belum menjumpai minyak lagi,” katanya.

Pahang dijangka menerima bayaran khas sebanyak RM100 juta setahun pada suku ketiga 2014, sebaik sahaja Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil memulakan pengeluaran minyak di Blok PM 307 medan minyak Bertam terletak luar pesisir sejauh 160km.

Isu royalti minyak sudah lama menjadi pertikaian di antara Kelantan dan Putrajaya, satu-satunya negeri yang terlepas daripada cengkaman Barisan Nasional (BN) selama lebih dua dekad.

Kerajaan negeri terus kepada kerajaan persekutuan ke atas hak untuk bayaran royalti minyak dengan negeri pimpinan PAS mendakwa Petronas berhutang kepada mereka RM800 juta setahun sejak 2005.

Perhimpunan malam tadi dilihat sebagai peluang penting bagi parti Islam itu untuk mengukur sokongan pada bulan-bulan menuju ke arah pilihan raya.

Pemerhati politik dan kaji selidik dalaman mendapati bahawa sokongan PAS Kelantan boleh tergelincir, kerana laporan persengketaan pemimpin tertinggi parti tersebut mengenai hal-hal agama.

Pemimpin BN juga mengambil peluang mereka di Kelantan, mendakwa peralihan undi di negeri majoriti penduduk Melayu itu.

Tetapi temu bual dengan orang ramai di perhimpunan malam tadi mencadangkan trend berbeza.

Kebanyakan hadir malam tadi adalah penduduk tempatan Melayu, yang mungkin memberi isyarat sokongan tidak berbelah bagi terhadap PAS di negeri Kelantan walaupun dakwaan bahawa ia menjadi semakin liberal dan lari jauh dari akar Islam.

Orang ramai juga terdiri daripada perwakilan PAS yang berada di bandar Kota Bharu untuk muktamar tahunan mereka dan wakil-wakil daripada pergerakan Royalti, NGO anti-Lynas, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Orang ramai, dengan wanita sebahagian besar daripadanya mengibarkan bendera warna merah, hijau, kuning dan oren mewakili setiap empat pergerakan.

Dengan bendera gergasi merah, belon merah, dan pesawat kawalan jauh membawa panji-panji mereka, menarik perhatian orang ramai.

Wan Mohamad, 60 tahun, seorang petani dari Kadok, memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak fikir isu royalti akan selesai sepanjang hidupnya.

“Adalah baik bahawa orang muda dan ahli-ahli politik bercakap lebih lanjut tentangnya ... ia adalah hak kita sebagai rakyat Kelantan,” katanya.

“Cerita PAS kehilangan sokongan hanya khabar angin,” kata Mohd Zaim Abd Aziz, 25, dari Ketereh.

“Saya tidak bersetuju dengan perkataan liberal ... tetapi PAS lebih terbuka, semua lapisan rakyat selesa dengan PAS.”

Kelantan secara relatifnya adalah kubu orang-orang Melayu konservatif yang diperintah oleh PAS semenjak tahun 1990.

Dalam pilihan raya 2008, PAS memenangi 9 daripada 14 kerusi parlimen dan 38 daripada 45 kerusi dewan undangan negeri (Dun).Anwar Ibrahim berjanj memulangkan royalti minyak Kelantan jika menjadi PM.Anwar Ibrahim berjanj memulangkan royalti minyak Kelantan jika menjadi PM.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.