Bahasa

Pakatan mulakan kempen pilihan raya dengan melancarkan manifesto

"Begini caranya pilihan raya sepatutnya. Manifesto dikeluarkan awal supaya pengundi dapat akses, menganalisis dan membuat keputusan pada hari pilihan raya.

"Ini adalah satu kelebihan kepada PR kerana dalam pilihan raya ini, pengundi sudah mendalami manifesto kita," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) kepada pemberita hari ini.

Manifesto yang akan dilancarkan pada konvensyen pakatan pembangkang peringkat persekutuan itu Isnin ini, adalah kesinambungan kepada janji PR untuk menangani isu pokok dalam pengurusan ekonomi dan membasmi rasuah.

Antara janji pilihan raya ditawarkan adalah pendidikan percuma, penurunan harga kereta dan pemberian subsidi kepada barangan asas.

Janji-janji tersebut dikatakan popular di kalangan anak muda, yang merupakan sebahagian dari tiga juta pengundi baru, menjadikan mereka golongan yang akan menentukan keputusan Pilihan Raya 2013.

"Manifesto Rakyat adalah kemuncak kepada polisi yang dicadangkan dalam kerangka Buku Jingga dan program khas di bawah Bajet 2012 dan 2013 Pakatan Rakyat," kata Rafizi lagi.

Manifesto tersebut bagaimanapun tidak meletakkan polisi PR secara terperinci sebaliknya akan memberi kerangka umum bagi orang ramai memahami rancangan mereka apabila memenangi pilihan raya.

"Jadi ia dapat diterima secara mudah oleh pengundi," kata ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media yang sama.

Pemimpin Barisan Nasional mengkritik janji PR sebagai populis dan mengatakan ia sebagai tidak realistik.

Menurut mereka sebahagian perbelanjaan fiskal yang dicadangkan memufliskan negara.

Menurut Rafizi, manifesto Pilihan Raya 2013 adalah kaji selidik dan benar-benar diaudit.

"Saya jamin ia boleh dilakukan," kata Rafizi lagi.

Pengarah strategi PKR itu menambah bahawa kelewatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya menyebabkan PR mempunyai masa untuk membaiki kempen, dan meluahkan keyakinan bahawa pengundi akan suka dengan manifesto pakatan tersebut.

Pemerhati ramai mengatakan peluang PR memenangi pilihan raya ini agak cerah, dimana ia mesti dilakukan sebelum pertengahan tahun ini.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.