Bahasa

Pakatan pilih Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan 15 Jun

Orang ramai menghadiri sebuah perhimpunan “Black 505” di Stadium Kelana Jaya 8 Mei 2013. — Gambar failOrang ramai menghadiri sebuah perhimpunan “Black 505” di Stadium Kelana Jaya 8 Mei 2013. — Gambar failPETALING JAYA, 5 Jun ― Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan “Black 505” untuk membantah pertuduhan penipuan Pilihan Raya 2013 di Padang Merbok selepas mendengar nasihat pihak berkuasa supaya tidak menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi, dedah pemimpin mereka hari ini.

Pengarah strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengatakan notis untuk mengadakan perhimpunan Sabtu depan pada pukul 2.00 petang telah dihantar kepada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dan menjangkakan tiada tangkapan akan dibuat kerana ianya mengikut peruntukkan Akta Perhimpunan Aman (APA).

“Keputusan untuk mengadakan perhimpunan ‘Black 505’ di Padang Merbok mengambil kira nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak menggunakan Dataran Merdeka walaupun kami fikir ianya paling sesuai untuk rakyat berhimpun dan menyuarakan aspirasi mereka dalam tuntutan ‘Black 505,’” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini.

“Black 505” diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya berleluasa pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.

"Dan ahli-ahli interim baru SPR mesti dilantik melalui rundingan dan dipersetujui oleh PR, Bersih dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang lain," kata Rafizi.

Dua tuntutan lain adalah pilihan raya diadakan semula di kerusi di mana keputusan dipertikaikan kerana penipuan dan menghentikan semua rancangan untuk meminda undang-undang pilihan raya, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya, sehingga pelantikan barisan interim baru SPR dipersetujui oleh semua parti.

Rafizi berkata sekurang-kurangnya 30 kerusi perlu menjalani pilihan raya semula kerana terdapat kebarangkalian tinggi manipulasi undi dalam pilihan raya. PR telah memenangi 89 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 133.

PR menjangkakan melihat kehadiran maksimum pada perhimpunan 15 Jun itu berikutan sambutan besar ditunjukkan dalam setiap protes "Black 505" yang menyaksikan kehadiran purata lebih daripada 10,000 pada setiap perhimpunan.

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments