Bahasa

Palanivel nafi laporan beliau akan bertanding di Cameron Highlands

Spekulasi bahawa Palanivel akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tersebar luas dalam akhbar berbahasa Tamil sejak beliau mengambil alih jawatan presiden MIC pada Disember 2010. Spekulasi bahawa Palanivel akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tersebar luas dalam akhbar berbahasa Tamil sejak beliau mengambil alih jawatan presiden MIC pada Disember 2010. KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel menafikan laporan media bahawa beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum akan datang.

“Keutamaan kami ialah untuk memenangi semua kerusi (di mana parti bertanding) tidak kira apa yang berlaku, dan mereka yang dipilih mestilah calon yang diyakini boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pengetua Sekolah Tamil di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Palanivel tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zainal Abidin Ahmad di Hulu Selangor dengan jumlah undi 198 selepas menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 1990.

Spekulasi bahawa Palanivel akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tersebar luas dalam akhbar berbahasa Tamil sejak beliau mengambil alih jawatan presiden MIC pada Disember 2010.

Dalam perkembangan lain, Palanivel berkata kerajaan akan mengambil langkah lebih proaktif bagi menaikkan kedudukan 523 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam negara, termasuk dalam pencapaian akademik.

Beliau berkata sehubungan itu, seorang pakar pedagogi dan kemahiran berfikir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr N.S. Rajendran, dilantik sebagai penyelaras bagi membawa transformasi ke sekolah Tamil.

“Kami akan berganding bahu dengan Profesor Rajendran dalam merancang kurikulum, sukan, kemudahan, sukatan pelajaran dan lain-lain untuk sekolah Tamil pada masa depan.

“Semua ini adalah demi masa depan yang lebih cerah dan selamat untuk sekolah terbabit dan pelajarnya,” kata beliau. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments