Bahasa

Paras air di Sungai Rembau di Titian Bintagor, Negeri Sembilan melebihi aras amaran

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di Sungai Rembau di Titian Bintagor, Negeri Sembilan berwaspada kerana paras air di kawasan tersebut melebihi aras amaran iaitu 6.59 meter.

Sementara itu, setakat pukul 10.40 malam ini, portal Majlis Keselamatan Negara melaporkan jumlah mangsa banjir di Selangor masih kekal 47 orang daripada 16 keluarga sejak pagi tadi.

Menurut portal itu, di Selangor hanya sebuah pusat pemindahan masih aktif iaitu Dewan Genting Sanyen, Kuala Langat. — Bernama

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments