Bahasa

PAS anjur himpunan seluruh negara bantah kekejaman di Mesir

Mereka yang terbunuh selepas Medan Raba'ah Adawiyah diserang tentera Mesir semalam. 15 Ogos, 2013.Mereka yang terbunuh selepas Medan Raba'ah Adawiyah diserang tentera Mesir semalam. 15 Ogos, 2013.PAS menganjurkan perhimpunan seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah bagi mengutuk kekejaman yang sedang berlaku di Mesir sekarang.

Perhimpunan paling awal akan berlangsung 7 petang ini di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, Kelantan.

Ia diikuti dengan perhimpunan di Matin, Arau di Perlis, 8 malam ini.

Mengikut sumber Ikhwan Muslimin, lebih 2,000 penyokong mereka yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.

Seorang peserta himpunan, Tahaluf Wathani berkata, berdasarkan kiraan jenazah yang dikumpulkan, terdapat 2,600 jenazah sehingga kini di Medan Raba'ah Adawiyah.

Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut. – 15 Ogos, 2013.  

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments