Bahasa

Peguam Amerika nasihat keluarga penumpang MH370 elak jadi mangsa komplot

Peguam Floyd Wisner dari Chicago kecewa dengan laporan bahawa terdapat sekumpulan penipu yang menjadikan keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai mangsa berhubung tuntutan ganti rugi. – Gambar The Malaysian Insider, 14 April, 2014.Peguam Floyd Wisner dari Chicago kecewa dengan laporan bahawa terdapat sekumpulan penipu yang menjadikan keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai mangsa berhubung tuntutan ganti rugi. – Gambar The Malaysian Insider, 14 April, 2014.

Seorang peguam kecewa dengan laporan bahawa terdapat sekumpulan penipu yang menjadikan keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai mangsa berhubung tuntutan ganti rugi.

Floyd Wisner dari Chicago, Amerika, yang mewakili penumpang dan keluarga mangsa dalam nahas udara berkata beliau berkongsi kesedihan dengan keluarga terbabit yang melalui pengalaman pahit sejak lima minggu lepas.

“Memang memalukan apabila ada orang yang cuba mengambil kesempatan daripada mereka yang sedang dilanda kesusahan, dan saya berharap pihak penguat kuasa undang-undang akan menyiasat perkara ini.

“Sudah lima minggu keluarga terbabit menderita daripada mendapat maklumat salah dan maklumat sebenar, hinggalah kepada peguam yang membuat tuntutan yang tidak sewajarnya dan kini, komplot penipuan pula cuba menggelapkan wang mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan baru-baru ini bahawa satu emel yang didakwa daripada MAS dihantar kepada keluarga mangsa yang meminta mereka menghubungi sebuah bank Malaysia untuk urusan pembayaran ganti rugi. – Bernama, 14 April, 2014.

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments