Bahasa

Pelan induk disediakan bagi menetapkan hala tuju PKS, kata Najib

June 21, 2012

Antara matlamat pelan induk kerajaan untuk sektor PKS adalah mengalakkan inovasi and penggunaan teknologi, menurut Najib. — Gambar failKUALA LUMPUR, 21 Jun — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan telah menetapkan hala tuju dan kemajuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Perdana Menteri berkata pelan itu akan memberi fokus mewujudkan satu ekosistem yang memboleh dipercepatkan pertumbuhan PKS melalui peningkatan produktiviti dan inovasi.

“Salah satu matlamat strategik di bawah pelan itu ialah untuk menggalakkan inovasi dan mengguna pakai teknologi oleh PKS,” katanya semasa menyampaikan ucaptama melancarkan SMIDEX 2012, Persidangan PKS Asean-India dan Minggu PKS 2012 di sini hari ini.

Najib berkata satu Majlis Pembangunan PKS di bawah Jabatan Perdana Menteri juga ditubuhkan bagi mengawasi usaha PKS kebangsaan.

“Para wakil dari sektor swasta serta agensi kerajaan diwakili dalam majlis itu bagi memastikan kita melaksanakan dasar-sadar yang bermakna, relevan dan pratikal,” katanya.

Pelancaran sulung Anugerah Inovatif PKS dengan pemberian hadiah RM1 juta telah dijuga telah diperkanalkan pada 2010 bagi PKS yang dirasakan paling berinovatif bagi merangsang perniagaan.

Insentif lain termasuk Dana Inovasi Pengkomersilisasi Yang Mematuhi Syariah RM500 juta telah diwujudkan bagi PKS yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang telah memasuki peringkat komersilisasi.

Mengenai Persidangan Asean-India, Najib berkata Malaysia kini bersedia memudahkan kemasukan para usahawan India ke Asia Tenggara dan menjadi gerbangnya ke Asean.

Katanya Perjanjian Perdagangan Barangan (TIG) Kawasan Perdagangan Bebas Asean-India (AIFTA) yang berkuat kuasa pada 1 Januari, 2010 adalah faktor utama yang akan memudahkan pewujudan satu pasaran terbuka di rantau ini dengan penduduk disatukan kira-kira 1.8 bilion.

“Sejak permulaannya sedekad lepas, hubungan perniagaan antara Asean dan India telah menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang besar,” katanya.

Sementara itu, Malaysia kini adalah pelabur asing ke-27 terbesar, dengan aliran masuk pelaburan domestik asing keseluruhan US$298.8 juta bagi tempoh April 2000 sehingga Jun tahun lepas, kata Najib, yang memetik perangkaan Jabatan Dasar Perindustrian dan Promosi India.

“Jika pelaburan yang dilakukan melalui laluan negara ketiga diambil kira, pelaburan komulatif Malaysia di India sehingga ini melebih US$6 bilion,” katanya.

Pelaburan India di Malaysia adalah kecil secara relatifnya tetapi telah berganda dari tahun sebelumnya dan kini bernilai RM98 juta, katanya.

Terdapat 77 syarikat India, yang termasuk 70 syarikat usahasama India, yang beroperasi di Malaysia. — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi