Bahasa

Pelancongan dianggar sumbang RM168 bilion kepada negara pada 2020

July 02, 2012

BAU, 2 Jul — Sektor pelancongan dijangka menyumbang RM168 bilion kepada negara menjelang tahun 2020, berdasarkan pembangunan produk baharu dan promosi intensif.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawot Mamit berkata pada masa kini sektor itu menyumbang RM83 bilion.

“Industri pelancongan merupakan sumber ekonomi yang kedua terbesar Negara ketika ini dan oleh sebab itu kita perlu meningkatkan usaha untuk membangunkan industri ini,” katanya ketika berucap pada  majlis rumah terbuka penutupan Pesta Gawai 2012 di sini malam tadi.

Katanya tahun lalu kehadiran pelancong asing telah menyumbang pendapatan RM58.3 bilion  manakala pelancong domestik pula menjana RM25 bilion.

Daripada segi pelancongan domestik, Sarawak kekal mencatatkan kehadiran jumlah pelancong tertinggi iaitu 22 peratus, Kuala Lumpur 18 peratus manakala Pahang dan Johor masing-masing 16 peratus. — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi