Bahasa

Pemandu Kancil parah bertembung kenderaan MPV di Setiu

August 20, 2012

Setiu, 20 Ogos — Berpantang maut sebelum ajal, seorang pemandu parah selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum bergesel dengan sebuah kereta di belakang MPV itu di sini, hari ini.

Kemalangan pukul 4 petang itu di Kilometer 26, Kampung Ladang Jaya berhampuran persimpangan ke Tasik Kenyir, menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lebih empat jam sejauh 10 kilometer.

Kemalangan itu menyebabkan enjin kereta Kancil tercabut dan tercampak kira-kira 15 meter dari tempat kejadian.

Difahamkan dua mangsa berada dalam kereta Perodua Kancil, enam orang dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Matrix serta dua lagi di dalam kereta Proton Staria.

Bagaimanapun setakat ini, kesemua identiti mangsa belum dikenalpasti.

Menurut, saksi yang enggan dikenali, kejadian berlaku apabila kereta

Kancil ini cuba memotong sebuah kenderaan lalu bertembung dengan kenderaan MPV sebelum terbabas lalu bergesel dengan kereta Proton Satria.

Mangsa dalam kenderaan Hyundai dan Satria itu adalah bersaudara yang mana  mereka dalam perjalanan pulang ke Kemasik, Kemaman, selepas beraya di rumah saudara di Chalok di sini.

Penolong Penguasa Bomba negeri, Imran Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut. — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi