Pembangkang cuba celarukan pemikiran rakyat kerana ketandusan idea, kata Najib
Datuk Seri Najib menyerahkan cek replika kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Osman. — Foto oleh Choo Choy MayJERANTUT, 8 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang cuba mencelarukan pemikiran rakyat kerana telah ketandusan modal dan idea apabila usaha mereka menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia gagal.
Beliau berkata ini termasuk cuba mengelirukan rakyat dengan menyelewengkan fakta bahawa penyenaraian FGVH akan membawa kerugian kepada peneroka dan menyalahkan Umno apabila seorang pemimpin pembangkang menghadapi masalah dalaman keluarga.
“Semua benda yang berlaku mereka (pembangkang) nak selewengkan, termasuk benda baik... semua nak salahkan Umno hingga anak tak peduli mak pun nak salahkan Umno. Hebat sangatkah Umno sampai hal dalam kelambu pun ada pengaruh?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan ‘durian runtuh’ kepada peneroka di hadapan kira-kira 50,000 warga Felda di Majlis Peneroka Bersama PerdanaMenteri di Felda Jengka 8, dekat sini, hari ini.
Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Perdana Menteri menyifatkan pihak yang cuba mengelirukan rakyat sebagai pengkhianat. — Bernama





