Bahasa

Pemegang IC merah kata mengundi tiga kali di Sabah

Pemegang IC merah berkata telah tiga kali mengundi di Sabah. — Gambar failPemegang IC merah berkata telah tiga kali mengundi di Sabah. — Gambar fail

Omar Mohd Subair yang memberikan keterangan hari ini memberitahu beliau lahir di Sabah pada 1954 dan mengakui menerima IC merah dimana ia dikeluarkan kepada penduduk tetap pada tahun 1985.

"Pada 1991, selepas kamu memperoleh sijil lahir, kamu cuba tukar kepada IC biru, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan kamu resit yang mengandungi nombor IC merah dan nombor 12 digit," kata pegawai pengendali Jamil Aripin pada sesi pendengaran RCI disini.

"Dengan resit itu, kamu mendaftar sebagai pengundi. Kamu mengundi pada 1994, 1999 dan 2004," tambah beliau, yang dipersetujui oleh Omar.

Walaubagaimanapun, Omar berkata namanya telah dibuang daripada senarai daftar pemilih pada Pilihan Raya 2008 dan juga dalam Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.

Jamil menegaskan Omar telah gagal IC merahnya kepada IC biru memandangkan JPN mendapati bahawa individu tersebut telah menggunakan pengakuan bersumpah palsu untuk menyokong permohonan IC merah beliau.

Omar berkata beliau buta huruf dan orang lain telah membantu dia dengan pengakuan bersumpah tersebut.

Omar, yang bekerja dalam perniagaan restoran, juga berkata telah mencuba lima kali untuk memohon IC biru, tetapi tidak berjaya.

Mereka juga memberitahu bahawa telah mendaftar sebagai pengundi sejurus selepas menerima IC biru dan mengundi dalam pilihan raya.

Pendatang Indonesia memberi keterangan bulan lepas bahawa Mahkamah Anak Negeri Tawau telah memberi mereka IC biru pada 1979, selepas tiba di Sabah untuk mengundi parti pemerintah disana.

Pilihan raya negeri Sabah 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi tidak lama selepas itu beberapa ahli dewan undangan negeri PBS menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkuasa dari 1981 ke 2003 telah dituduh menggepalai "Projek IC", di mana kerakyatan diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 telah menafikan kewujudan "Projek IC".

Dr Mahathir memberitahu pemberita bulan lepas, orang asing di Sabah ada menerima kerakyatan akan tetapi menegaskan ia dilakukan dalam konteks undang-undang.

Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersambung petang ini.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.