KUANTAN, 25 Feb — Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap khalwat kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.
Dipetik Sinar Online, pasangan itu dipercayai diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3 pagi.
Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR lain selama tiga hari dijangka berakhir hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan berhubung perkara itu.
Usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR berhubung kes berkenaan bagaimanapun gagal.
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck, adapted for EE by Oliver Heine, requires Flash Player 9 or better.






