Bahasa

Pemotongan cukai pendapatan membuka jalan kepada pelaksanaan GST

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pemotongan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan dalam cadangan belanjawan 2013 yang dibentangkan semalam dilihat sebagai persediaan kerajaan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai ganti kepada cukai pendapatan, kata pakar ekonomi dan cukai.

Pentadbiran Najib telah menangguhkan perlaksanaan GST walaupun telah diberi amaran hasil kerajaan terlalu kecil dan penganalisis mengatakan langkah pengurangan cukai pendapatan adalah isyarat bahawa kerajaan bakal memperkenalkan cukai kontroversi itu.

Dalam cadangan belanjawan 2013, cukai pendapatan individu akan dikurangkan bagi setiap kumpulan yang membayar cukai pendapatan tahunan mencecah RM2,500 sehingga RM50,000, mengeluarkan 170,000 pembayar cukai dari daftar pembayar cukai dan menjimatkan simpanan sesetengah masyarakat dalam bil cukai mereka.

Pengerusi Taxand Malaysia, lembaga runding cara cukai, Veerinderjeet Singh berkata, pemotongan cukai pendapatan boleh dilihat positif oleh kerana penstrukturan semula sedang dilakukan dan Malaysia sedang dalam keadaan transisi sebelum GST diperkenalkan.

“Saya lihat ini sebagai langkah positif kerana terdapat isyarat bahawa kerajaan sedang merekayasa sistem tersebut,” katanya.

Perdana menteri (PM) dalam ucapannya semalam berkata kerajaan sedang dalam proses transisi dari sistem cukai berasaskan pendapatan kepada yang lebih “adil”.

Veerinderjeet berkata walaubagaimanapun, pemotongan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan akan mengurangkan jumlah pembayar cukai yang akan mendatangkan masalah apabila GST diperkenalkan oleh kerana rakyat sudah terbiasa dengan hidup dengan membayar cukai rendah dan akan persoalkan mengapa mereka perlu bayar GST.

Menurut beliau lagi, kerajaan seharusnya mengumumkan niat untuk menyemak semula keseluruhan sistem cukai.

Ketua penganalisis ekonomi RAM Holdings, Yeah Kim Leng berkata pemotongan kadar cukai pendapatan “menyediakan ruang bagi kerajaan untuk GST oleh kerana kerajaan perlu mencari sumber alternatif untuk pendapatan.”

Penganalisis ekonomi juga merasa lega walaupun terdapat harapan tinggi untuk “gula-gula” yang lebih banyak menjelang pilihan raya semakin hampir, kerajaan tidak ketahap melampaui batas.

Dalam belanjawan 2013, defisit dijangkakan akan berkurangan kepada 4 peratus dari 4.5 peratus tahun ini.

“Kerajaan berbelanja mengikut batas dan agak berhemah,” kata Yeah.

Beliau memberi amaran tentang sasaran rancangan defisit terlalu bergantung kepada perkembangan GDP dan pandangan tentang ekonomi global masih tidak menentu.

Penyelidikan Perbendaharaan Ekonomi UOB berkata, dengan jangkaan lebih banyak insentif menjelang pilihan raya umum, pengumuman defisit belanjawan lebih rendah daripada apa yang dijangkakan oleh ramalan pelbagai pihak termasuk UOB yang meramalkan 4.2 peratus.

Ia menambah dengan defisit belanjawan lebih rendah adalah untuk menunjukkan komitmen kerajaan untuk menurunkan defisit kepada 3 peratus pada 2015.

Ramai ahli ekonomi telah mengatakan Malaysia adalah negara terlemah di Asia dari segi kewangan dan perlu menambahkan pendapat lain kerajaan seperti memperkenalkan GST.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.