Bahasa

Penamaan calon bagi PRU13 bermula, calon hadir bersama penyokong

KUALA LUMPUR, 20 April — Proses penamaan calon bagi pilihan raya umum ke 13 (PRU13) bermula di seluruh negara. 

Ramai pemerhati berpendapat PRU13 merupakan “ibu kepada segala pilihan raya” kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah semenjak negara mula merdeka berhadapan dengan pembangkang yang paling tersusun. 

Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 oleh gabungan PKR, PAS dan DAP selepas berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN dan merampas beberapa negeri. 

8.00 am: Bagi kerusi Parlimen Gelang Patah di Johor, ratusan penyokong pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sudah mula berkumpul dengan t-shirt dan sepanduk “Ubah bersama Kit Siang” dengan warna hijau, merah dan kuning. 

8.09 am: Di Lembah Pantai lebih kurang 100 penyokong BN melaungkan slogan “Hidup BN” berhampiran dengan Pusat Penamaan Calon di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya di Jalan Bangkung. 

8.11 am: Sementara di Shah Alam pula, ribuan penyokong peyandang ahli parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkumpul di Masjid al-Ubudiyah, seksyen 19 sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon lebih kurang pada waktu sama. 

8.12 am: Kehadiran anggota keselamatan yang besar dengan tiga trak polis di lihat di luar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya di Lembah Pantai. 

8.17 am: Calon DAP Gelang Patah Lim Kit Siang tiba di tempat berkumpul di Taman Ungku Tun Aminah sebelum berarak di Pusat Penamaan Calon. 

Para penyokong PAS berarak ke pusat penamaan calon di Negeri Kedah. – Foto Md IzwanPara penyokong PAS berarak ke pusat penamaan calon di Negeri Kedah. – Foto Md Izwan8.26 am: 500 Penyokong Datuk Seri Azizan Razak menteri besar sementara Kedah berarak ke Pusat Penamaan Calon.

8.32 am: Khalid Abdul Samad tiba di kalangan penyokong di Shah Alam. Penyokong berdoa dan melaungkan takbir.

8.33 am: Lebih kurang 200 orang penyokong BN dengan warna biru dan merah mengibarkan bendera BN berhampiran dengan Pusat Penamaan Calon Lembah Pantai.

8.33 am: Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengesahkan tidak bertanding dalam PRU13 bagi kerusi Parlimen Pandan.

8.35 am: Kumpulan Anti Lynas menyertai lebih kurang 300 penyokong PR berhampiran dengan Pusat Penamaan calon di Pejabat Tanah, Raub yang kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat Cina. Calon DAP Datuk Ariff Sabri turut kelihatan.

8.35 am: Lebih kurang 200 penyokong BN mula berkumpul di luar Pusat Penamaan Calon di Pejabat Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

8.36 am: Penyokong BN mengejek seorang lelaki yang memakai t-shirt Bersih di Lembah Pantai.

8.39 am: Lebih kurang 300 penyokong PAS berarak ke Pusat Penamaan calon di Shah Alam.

9.25 am: Semua calon DAP boleh gunakan logo Roket, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

9.26 am: Rusli Baba memfailkan pencalonan sebagai calon bebas di Lembah Pantai.

9.26 am: Bunyi bising di luar Pusat Penamaan Calon di Yan, Kedah kedengaran oleh kerana penyokong BN dan PR saling ejek mengejek.

9.27 am: Rusli Baba mengatakan beliau merupakan ahli perniagaan secara kecil-kecilan dan mula meninggalkan Pusat Penamaan Calon di Lembah Pantai.

9.28 am: Lim Guan Eng mengatakan beliau percaya semua calon DAP di seluruh negara boleh menggunakan logo Roket.

9.32 am: Datuk Seri Azizan Razak dilawan oleh tiga lagi calon satu daripada BN Fadzilah Md Ali yang merupakan sepupunya dan dua lagi calon bebas bagi kerusi DUN Sungai Limau, Kedah.

Raja Nong Chik bergambar bersama calon-calon Lembah Pantai yang lain di pusat penamaan calon. – Foto Boo Su-LynRaja Nong Chik bergambar bersama calon-calon Lembah Pantai yang lain di pusat penamaan calon. – Foto Boo Su-Lyn9.33 am: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memfailkan borang pencalonannya kepada SPR di Lembah Pantai.

9.35 am: Lelaki berbaju hitam yang belum mendedahkan identitinya akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Shah Alam.

9.37 am: Calon bagi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Rusli Baba makan sarapan di meja berlainan di dalam Pusat Penamaan Calon di Lembah Pantai.

9.40 am: Lim Guan Eng dan penyokong meninggalkan Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Parlimen Bagan dan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Air Putih untuk memfailkan pencalonan bagi kerusi DUN.

9.41 am: Calon PKR di Wangsa Maju Datuk Dr Tan Kee Kwong serah borang pada pukul 9.15 pagi.

9.42 am: Calon bebas bagi DUN Kota Anggerik Eric Faisal Rusli memfailkan pencalonan.

9.43 am: Seorang lagi calon bebas dengan jubah putih dan kopiah masuk ke Pusat Penamaan Calon. Mohd Uzi Che Hussein akan menjadi calon bebas bagi kerusi DUN Batu Tiga.

9.49 am: Bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Ong Tee Keat, Allan Tan memfailkan pencalonan sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Pandan.

9.51 am: STAR bertanding di 48 kerusi DUN dan 21 kerusi Parlimen di Sabah

9.53 am: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan pencalonan bagi kerusi Parlimen Pendang pada pukul 9.15 pagi.

9.54 am: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub masuk ke Pusat Penamaan Calon bagi memfailkan pencalonan bagi kerusi DUN Nusajaya dengan berbaju Melayu merah dan bersongkok.

9.55 am: Sekumpulan mahasiswa digelar Siswa 4U menyertai gerombolan BN di Shah Alam dengan banner bertulis “Mahasiswa bersama kepimpinan BN”.

10.01 am: Calon Parti Cinta Malaysia masuk ke Pusat Penamaan Calon di Bagan bagi memfailkan pencalonan.

10.02 am: Tun Dr Mahathir Mohamad turut berhimpun di Pusat Penamaan Calon Ayer Hitam, Kedah bagi memberikan sokongan kepada anaknya Datuk Mukhriz Mahathir.

10.03 am: Calon BN bagi Parlimen Shah Alam Datuk Zulkifli Noordin selesai memfailkan penamaan calon.

10.05 am: RO mengumumkan proses penamaan calon di kerusi Parlimen Bagan dan Lembah Pantai sudah ditutup.

10.06 am: Sah pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Bagan, Dun Jermal, empat penjuru di DUN Bagan Dalam diantara BN, DAP, PCM dan calon bebas. Satu lawan satu di DUN Sungai Puyu.

Penyokong calon BN bagi Pulai, Nur Jazlan dalam perjalanan ke pusat penamaan calon di Johor Baru. – Foto Mohd Farhan DarwisPenyokong calon BN bagi Pulai, Nur Jazlan dalam perjalanan ke pusat penamaan calon di Johor Baru. – Foto Mohd Farhan Darwis10.10 am: Satu lawan satu di kerusi Parlimen Pulai Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) lwn Salahuddin Ayub (PAS)

10.12 am: RO bagi Lembah Pantai mengumumkan pertandingan tiga penjuru diantara Nurul Izzah Anwar (PKR), Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan Rusli Baba (Bebas).

10.15 am: Tiga penjuru di kerusi Parlimen Kulai, Johor di antara calon DAP, BN dan Bebas.

10.16 am: Satu lawan satu di kerusi Parlimen Putrajaya diantara Datuk Husam Musa (PAS) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN).

10.18 am: Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said turut hadir memberi sokongan kepada calon Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

10.19 am: Calon PAS Khalid Abdul Samad enggan bersalam dengan calon BN Datuk Zulkifli Noordin selepas diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Shah Alam.

10.20 am: Penyandung DUN Teratai Jenice Lee baru sahaja menerima maklumat dipecat dari DAP oleh kerana bertanding sebagai calon bebas di DUN tersebut.

10.22 am: Jenice Lee memberitahu pemberita beliau akan memohon semula untuk menjadi ahli DAP jika menang oleh kerana masih lagi menyokong dasar Pakatan Rakyat (PR).

10.29 am: Penyokong BN menjeritkan slogan “Kami Sayang RNC” apabila Raja Nong Chik meninggalkan Pusat Penamaan Calon.

10.30 am: Pertandingan satu lawan satu di antara Datuk Ibrahim Ali (Bebas) dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS) di kerusi Parlimen Pasir Mas.

10.32 am: Raja Nong Chik memberitahu pemberita 5,000 pengundi diragui di Lembah Pantai yang dikatakan pembangkang adalah penduduk setinggan yang berpindah ke kawasan perumahan rakyat.

10.33 am: Calon PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengatakan kepada pemberita beliau bersedia untuk mendedahkan kedudukan kewangannya dan berhadap kedua-dua calon lain sanggup melakukan perkara sama.

10.35 am: Rusli Baba memberitahu media beliau bertanding di Lembah Pantai kerana tidak berpuas hati dengan Umno yang mempunyai agenda tersembunyi dalam projek pembangunan Lembah Pantai.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.