Bahasa

Pendaftaran BR1M 2.0 dilanjutkan hingga 15 Jan ini, kata Awang Adek

January 05, 2013

BACHOK, 5 Jan — Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM 2.0) yang sepatutnya berakhir 31 Disember lepas dilanjutkan sehingga 15 Januari ini dan tempoh bayaran ditetapkan bermula 2 Februari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin (gambar) berkata tempoh lanjutan itu adalah bagi memberi peluang kepada golongan bujang berusia 21 tahun yang layak memohon mengemukakan permohonan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cakna Keselamatan Elektrik Bersama Penduduk Setempat di pejabat TNB Bachok di sini, hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, September lepas, kerajaan mengumumkan BR1M 2.0 diperluaskan kepada mereka yang belum berkahwin berumur 21 tahun yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, layak menerima RM250.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata seramai 30 penduduk miskin di Jajahan Bachok layak menerima bantuan pemasangan pendawaian elektrik di rumah mereka.

Katanya ia adalah projek rintis sebelum diperluaskan ke jajahan lain di negeri itu. — Bernama 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi