Bahasa

Pendapatan isi rumah semakin meningkat, menurut kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat dari tahun ke tahun, kata Datuk S.K. Devamany di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, peningkatan pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi berbanding dengan kadar inflasi.

“Peningkatan pendapatan isi rumah, secara purata telah meningkat berbanding inflasi sebanyak 3.4 peratus setiap tahun,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Purata pendapatan isi rumah negara telah meningkat daripada RM264 sebulan pada 1970 kepada RM4,025 sebulan pada tahun 2009, kata ahli parlimen Cameron Highlands itu.

Beliau berkata, angka itu diambil dari kajian kerajaan mengenai pendapatan isi rumah sejak 1970 dan kali terakhir pada tahun 2009.

Beliau menjawab soalan daripada ahli parlimen Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu mengetahui kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.

Menjawab soalan tambahan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw bagaimana kebajikan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan, Devamany menjawab, “Jauh di sudut hati, anda tahu yang kami telah lakukan yang terbaik kepada golongan miskin.”

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments