Bahasa

Penduduk kampung ingin kembali ke kediaman mereka yang dibom

Oleh Boo Su-Lyn
March 07, 2013

Dewan Embara Budi yang menempatkan 650 penduduk. — Gambar Saw Siow FengDewan Embara Budi yang menempatkan 650 penduduk. — Gambar Saw Siow FengLAHAD DATU, 7 Mac — Rimas berhimpit dengan 650 orang dalam dewan komuniti dengan hanya empat tandas, penduduk kampung ingin kembali ke kediaman masing-masing di Kampung Tandou yang telah diduduki militan Sulu bulan lalu.

Penduduk Kampung Tandou berkeata mereka melarikan diri pada 12 Februari ke Kampung Tanjub Labian sehelai sepinggang selepas sekitar 200 militan Sulu tiba, kemudian dipaksa ke Dewan Komuniti Embara Budi Isnin lalu berikutan ketakutan terhadap pencerobohan tentera diraja kesultanan Sulu.

“Kami tidur di atas simen, tiada selimut, tilam, atau bantal,” kata Ben Harun kepada The Malaysian Insider semalam.

“Langsung tak selesa. Saya tidak boleh tidur. Banyak sangat orang,” kata nelayan yang dilahirkan di Kampung Tanduo, kawasan pesisir pantai di kawasan timur Sabah.

Ben Harun: Harap dapat pulang.Ben Harun: Harap dapat pulang.Ben, 48, berkata kebanyakan penduduk kampung tinggal di Embara Budi adalah wanita dan kanak-kanak, yang tidak diasingkang daripada lelaki. Keluarga tidur bersama di dalam dewan berbumbung biru.

Selain kehilangan ternakannya — termasuk 100 kambing, 38 lembu, dan 100 ayam — selepas Kampung Tanduo dibedil dari udara Selasa lalu, Ben berkeinginan untuk pulang ke Kampung Tanduo.

“Saya harap dapat pulang ... kami seksa di sini,” kata Ben yang hanya memakai bahu T hitam dan berseluar panjang.

Jelasnya, dia hanya memakai pakaian yang sama berhari-hari dan hanya berkain sarung bila pakaiannya dibasuh.

Penduduk kampung di dewan berkenaan menerima bantuan kamanan termasuk dua kampit beras, dua pek biskut coklat, 10 tin sardin, dua tin susu pekat manis, satu kampit minyak, dan masing-masing sekampit gula dan garam.

“Kami masak sekali atau dua kali sehari. kami perlu berjimat, kalau tak nanti susah,” kata Ben.

Media dihalang daripada memasuki dewan masyarakat Embara Budi.Media dihalang daripada memasuki dewan masyarakat Embara Budi.Kanak-kanak berlari di luar dewan di kawasan taman permainan berhampiran, dan The Malaysian Insider menemuramah Ben di pagar ekoran larangan terhadap media yang tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.

Turut difahamkan beberapa penduduk kampung turut dihantar ke sebuah pekan kecil, Fajar Harapan, yang mana turut disekat kepada media.

Baju disidai bergantungan di sekitar pagar mengelilingi Embara Budi, termasuk semak berhampiran.

Dewan yang terletak di kawasan Felda Sahabat, yang mempunyai 57 ladang penananaman sawit berkeluasan dua kali ganda Singapura.

Embara Budi terletak 5km daripada Kampung Tanjung Labian. Tembakan masih lagi kedengaran semalam petang daripada kawasan berhampiran kampung tersebut.

Beberapa kenderaan anggota polis kelihatan menderu pantas melalui dewan tersebut berikutan pengumuman pihak berkuasa yang berkata operasi mengesan militan masih diteruskan dan diluaskan ke kawasan Kampung Tanduo dan kampung Tanjung Batu.

Penduduk Kampung Tanduo Erlinda Hamid, 22, berkata tuala wanita tidak dibekalkan di dewan tersebut.

“Saya betul-betul nak balik rumah,” katanya sambil menyusukan anaknya berusia setahun berhampiran kediaman sepupunya yang dipenuhi lalat.

Ketua Kampung Tanjung Labian, Assaffal Alian, yang berketurunan Dusun berkata bekalan makanan dibekalkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Sudah tentu kami nak balik secepat mungkin. Kehidupan tidak akan jadi seperti dulu,” kata Alian.

Alian, 48, bagaimanapun menjelaskan pelarian adalah situasi biasa di Golok, Thailand dan Kelantan, Padang Besar berhampiran Perlis dan Thailand, dan Singapura dan Indonesia di Pulau Batam.

Ramai penduduk Selatan Filipina menyelamatkan diri ke Malaysia pada 1970 untuk menyelamatkan diri daripada peperangan sivil di sana.

Sultan Sulu bagaimanapun berkata mendakwa Sabah adalah tanah milik keturunannya dan menegaskan tindakan mereka menceroboh Sabah bukanlah satu keslahan.

Pekerja kilang, Farizan Bayah, 23, berkata penduduk kampung telah berhenti daripada memitik kelapa sawit, berikutan khuatir dengan situasi di sana.

“Orang takut kena culik,” katanya.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi