Bahasa

Penduduk Kuantan gagal cabar keputusan mahkamah mengenai TOL Lynas

Oleh Ida Lim
January 29, 2013
Latest Update: January 30, 2013 04:22 am

Seorang ahli kumpulan Save Malaysia Stop Lynas. — Gambar failSeorang ahli kumpulan Save Malaysia Stop Lynas. — Gambar fail

Bila dihubungi, jurucakap Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) Tan Bun Teet berkata hakim menolak permohonan kerana dua perkara, kerana tidak mempunyai kedudukan undang-undang dan lambat mengisi borang permohonan.

"Hakim menolak permohonan tujuh orang kerana tidak mempunyai locus standi, mereka tidak berbincang dengan menteri sebelum pendengaran.

"Kedua, mereka mengisi borang permohonan begitu lambat," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Tan, permohonan telah difailkan pada 18 Disember bersama tujuh orang di Mahkamah Tinggi Kuantan menentang badan perlesenan tenaga atom (AELB), Kementeian Sains, Teknologi dan Inovasi, Lynas Malaysia dan Lynas Australia.

Beliau juga berkata mereka akan memfailkan permohonan kepada hakim, Datuk Mariana Yahya, untuk mencabar kes tersebut yang akan disebut pada 5 Februari ini.

Pada 5 Februari ini, mahkamah akan mendengar permohonan berasingan mengenai keputusan AELB dan pemberian TOL oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Lynas untuk kilang pemproses nadir bumi itu.

Pendengaran kes bulan depan melibatkan tiga penduduk Kuantan - Tan, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44.

Awal bulan ini, Lynas berkata menjangka untuk menghasilkan produk nadir bumi dalam beberapa minggu ini.

Pengkritik meragui keselamatan dan isu alam sekitar dalam mereka menentang kilang pemproses nadir bumi itu.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi