Bahasa

Penduduk Lahad Datu diminta tidak bimbang dengan keselamatan

LAHAD DATU, 14 Feb – Penduduk di daerah ini tidak perlu bimbang dengan kejadian sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke sini pada Selasa.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi berkata keadaan keselamatan adalah terkawal dengan pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera memantau mengenai kejadian itu.

“Saya yakin pasukan keselamatan telah melakukan tindakan susulan yang terbaik bagi memastikan keadaan keselamatan di daerah ini terus terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu.

Beliau berkata kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Ismail, dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi, berkata pihak pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan itu dan mengarahkan kumpulan terbabit meletak senjata serta menyerah diri.

“Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata ketua polis negara.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Tungku di kawasan Kampung Bakapit sejak Selasa lepas.

Beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) juga dilihat berada di kawasan Bandar Cenderawasih di Felda Sahabat 7 untuk melakukan kawalan keselamatan. – Bernama

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments