Bahasa

Pengundi Selangor sedia untuk kerajaan baru, kata BN

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
May 06, 2012
Latest Update: May 07, 2012 03:22 am

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Pengundi di Selangor kini sudah bersedia untuk perubahan kerajaan selepas empat tahun mereka tidak mengalami sebarang perubahan dalam pembangunan dan infrastruktut, kata Barisan Nasional (BN).

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed percaya sokongan pengundi perlahan-lahan telah kembali kepada kerajaan kerana kegagalan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri paling kaya di negara ini.

Salah satu faktor perubahan persepsi pengundi menurut Mohd Zin adalah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengetuai kempen BN di Selangor.

“Datuk Seri Najib Razak memberikan keyakinan kepada rakyat di Selangor supaya kembali memberikan mandat memerintah kepada BN.

“Perkara pokok adalah selepas empat tahun, atau 1,440 hari PR Selangor dipimpin PKR, DAP, dan PAS, rakyat masih lagi tidak merasakan perubahan ketara dalam kualiti kehidupan, kata Mohd Zin kepada Berita Minggu dalam satu temu ramah yang disiarkan hari ini.

Pemimpin Umno itu (gambar) berkata PR masih lagi terperangkap dalam “minda pembangkang”, dan mereka (PR) hanya fokus kepada kelemahan BN Selangor terdahulu.

“Sehingga hari ini, janji utama yang dibuat tak tertunai pun dan mereka tanpa rasa segan silu, ‘outsource’ masalah ini kononnya ini adalah soal yang

berhubung kait dengan kerajaan Pusat.

“Apa yang mereka telah laksanakan di Selangor? Kita ambil contoh infrastruktur ... walaupun tanggungjawab membina jalan raya yang menghubungkan antara negeri ke negeri di Malaysia adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan, tanggungjawab kerajaan negeri pula ialah menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang boleh menghubungkan setiap daerah di Selangor.

“Selangor ada sembilan daerah dan saya tidak lihat ada satu pun pembangunan infrastruktur di Selangor dalam tempoh empat tahun ini,” tegasnya.

Pengurusan yang tidak cekap dalam aspek pembuangan sampah dan kegagalan pihak berkuasa tempatan adalah kelemahan kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim, tambah Mohd Zin.

“Saya rasa mereka gagal menguruskan pihak PBT untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di Selangor. Soal asas, pengurusan sampah tidak diuruskan dengan baik.

“Yang kedua, janji manifesto yang disebut kalau berkuasa dan mereka memerintah, cukai pintu bagi semua premis perumahan mahu dikurangkan sebanyak 20 peratus dan premis perniagaan mahu dikurangkan hingga 10 peratus.

“Sehingga hari ini, janji utama yang dibuat tak tertunai pun dan mereka tanpa rasa segan silu, ‘outsource’ masalah ini kononnya ini adalah soal yang

berhubung kait dengan kerajaan Pusat.

Mohd Zin menjelaskan, tanggungjawab mengurus PBT terletak di bawah kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Persekutuan menjawab dakwaan pembangkang tersebut.

“Sebenarnya, yang mengurus tadbir PBT adalah kerajaan negeri. Mereka janji kononnya (mahu) meletakkan ahli majlis dalam kalangan cendekiawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Baru-baru ini mereka pun berebut, bergaduh mengenai soal ahli majlis yang (sebenarnya) tetap mewakili PAS, DAP dan PKR. Dari segi penjenamaannya, ada calon NGO. Bila kita semak dan kaji, calon ini juga ahli PAS, DAP dan PKR.

Berbeza dengan menteri besar itu jelas Mohd Zin, Najib telah pun menunjukkan keupayaan BN mengemukakan pelan pembangunan untuk rakyat Selangor melalui transformasi kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

“Di Selangor, kalau ikut situasi pasaran, kita ‘underdog’. Dulu kita mendominasi tetapi masalah pilihan raya ini bukan macam kita ambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang ada A+. Ia hanya ada lulus atau gagal.

“Mereka (PR) menuduh kami dan memberikan pelbagai persepsi buruk terhadap kami, tapi sekarang kami semakin dekat dengan rakyat dan kami mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kami,” katanya.

Bila ditanya berkenaan kekurangan pemimpin Umno dan BN di Selangor akan menjadi isu, Mohd Zin berkata perkara itu tidak timbul kerana BN Selangor sudah mempunyai pemimpin - Najib.

“Kami di Selangor, Umno dan BN, kami adalah satu ‘team’ Datuk Seri Najib. Kami bekerjasama. Tiada pihak yang mendominasi.”

BN tewas di negeri itu kepada PR pada pilihan raya 2008. PR memenangi 36 daripada 56 kerusi negeri dan Khalid menggantikan Dr Mohd Khir Toyo sebagai menteri besar.

Najib dijangka akan melaksanakan pilihan raya tahun ini selepas berbulan memberikan “one-off” kepada rakyat melalui pembayaran tunai dan juga polisi gaji minimum minggu lalu.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi