Bahasa

Pengundi Shah Alam akan tolak Zul Noordin, kata Khalid Samad

Oleh Zurairi AR
April 16, 2013

Kenyataan Khalid datang selepas pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak hari ini untuk meletak ahli politik ultra Melayu, Zulkifli dibawah tiket gabungan tersebut pada pilihan raya 5 Mei depan.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," kata Khalid kepada The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan bersederhana, dan Zulkifli tidak mewakili nilai-nilai yang mereka pegang.

Khalid juga mengkritik BN kerana meletak calon bebas dan bukannya wakil daripada Umno, dimana ia isyarat jelas BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Calon Umno Datuk Abdul Aziz Shamsuddin tewas kepada Khalid pada tahun 2008 dengan majoriti 9,314.

Sebelum itu, pada tahun 2004 Abdul Aziz menewaskan dengan majoriti 13,410.

Kemasukan Zulkifli (gambar) ke dalam BN bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan laporan sebelum ini mengatakan beliau telah berkempen di kerusi bandar tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kempennya, Zulkifli menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah gabungan anti-Islam kerana membenarkan bukan Muslim untuk menggunakan kalimah suci "Allah" bagi merujuk kepada tuhan mereka. Kebanyakkan penganut Muslim di Malaysia mempercayai perkataan arab tersebut hanya ekslusif untuk mereka sahaja.

Sejak 2008, pemerhati mendapati berlaku perubahan sokongan di kalangan penduduk Melayu Shah Alam terhadap PR terutamanya tentang pandangan gabungan pembangkang dalam beberapa isu kontroversi termasuk Kristian yang menuntut hak penggunaan kalimah "Allah" bagi merujuk tuhan mereka dimana kebanyakkan rakyat Malaysia mempercayai ia ekslusif untuk masyarakat Muslim, menurut penganalisis.

Zulkifli juga sering menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai agama dan bangsa dengan kenyataan -kenyataan menyingung yang direkodkan dalam video serta tersebar luar.

Beliau juga mempertikaikan kesucian Sungai Ganges yang juga dikenali sebagai Ganga di India, dimana ia dianggap suci kepada penganut Hindu.

Isu terbaru adalah melibatkan kontroversi yang dilakukan naib presiden Perkasa tersebut yang baru-baru ini melabel masyarakat India sebagai "Keling"

Pengundi Shah Alam terdiri daripada 70 peratus Melayu.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi