Bahasa

Pengundian bermula bagi PRU13, beratur panjang di tempat mengundi

Petugas undi sedang menyiapkan pusat mengundi di SK Seri Penanti di Permatang Pauh, Penang. — Gambar oleh K.E. OoiPetugas undi sedang menyiapkan pusat mengundi di SK Seri Penanti di Permatang Pauh, Penang. — Gambar oleh K.E. OoiKUALA LUMPUR, 5 Mei — Pengundian telah bermula pada jam 8 pagi di 8, 245 pusat pengundian di timur dan barat Malaysia dalam keadaan cuaca mendung setelah 15 hari melalui hari berkempen yang sibuk dan hebat sebelum Pilihan Raya ke-13 (PRU13) berlangsung hari ini.

PRU kali ini mencatat rekod dengan 570 calon Parlimen dan 1,322 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) bertanding bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri di 12 negeri, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya pada tahun 2011.

Buat pertama kalinya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat pertama kalinya akan menggunakan dakwat kekal untuk menandakan jari bagi pengundi yang sudah mengundi. Terdapat kontroversi mengenai ketahanan dakwat kekal akan tetapi suruhanjaya itu telah mengadakan demonstrasi penggunaan dakwat kekal selepas pengundi di hari pengundian awal mengatakan dakwat itu boleh dihilangkan.

SPR telah menyuruh orang ramai untuk keluar awal bagi mengundi kerana penandaan jari akan mengambil masa dan terdapat 40 peratus kemungkinan hujan lebat disekurang-kurangnya 109 daripada 222 kerusi Parlimen pada sebelah petang diantara 3 petang hingga 9 malam – yang merupakan keadaan sepanjang beberapa minggu lalu di Malaysia.

SPR mengatakan terdapat 13,268,002 pengundi layak mengundi, termasuk 12,992,661 pengundi biasa, 161,251 anggota tentera dan pasangan mereka, 111,136 anggota polis dan pasangan mereka serta 2,954 pengundi tidak hadir.

Buat pertama kali rakyat Malaysia selain daripada penjawat awam dan pelajar tajaan kerajaan dibenarkan mengundi di luar negara, jika mereka pernah pulang sepanjang lima tahun lalu. Pengundian luar negara diadakan pada 28 April akan tetapi bagi rakyat Malaysia yang menetap di Singapura, selatan Thailand, Brunei atau Kalimantan di Indonesia tidak dibenarkan mengundi dan perlu pulang ke tanahair jika mahu mengundi.

Pengundi beratur untuk mengambil nombor giliran di pusat pengundian Chung Hwa Confucian High School, Pulau Pinang. – Foto The Malaysian InsiderPengundi beratur untuk mengambil nombor giliran di pusat pengundian Chung Hwa Confucian High School, Pulau Pinang. – Foto The Malaysian InsiderDianggarkan 400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura akan pulang mengundi hari ini.  200,000 daripada mereka tinggal di Johor dan selebihnya di negeri lain di Malaysia.

SPR telah menjalankan pengundian awal untuk tentera, polis dan pasangan mereka pada 30 April di 544 tempat mengundi di seluruh negara.

Dikatakan 234,905 petugas pilihan raya akan bekerja hari ini dan RM400 juta telah dibelanjakan bagi pilihan raya kali ini.

Nurul Izzah Anwar mengundi di SMK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. – Foto Choo Choy MayNurul Izzah Anwar mengundi di SMK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. – Foto Choo Choy MayPenyandang kerusi Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah mengundi di kerusi panas itu hari ini untuk Pilihan Raya 2013.

Lebih 200 pengundi sudah beratur di sini di pusat pengundian SMK Bukit Bandaraya sebelum dibuka pada 8 pagi.

Nurul Izzah mengatakan beliau adalah “sedikit optimistik” tentang peluang untuk memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Peguam syarikat swasta Thean See Xien, 26, menguji dakwat kekal dengan menggunakan sanitizer tangan. Kesan itu ditanggalkan kebanyakannya di kuku jari, tetapi tidak dapat ditanggalkan daripada kulit.

Di Johor, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan pihak polis selepas menceroboh pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Sze di dalam kawasan Parlimen Gelang Patah.

Remaja berketurunan Cina itu dipercayai melompat pagar sekolah berkenaan kira-kira jam 9 pagi sebelum ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara, ACP Tuan Ruslan Hassan berkata pihaknya akan menyiasat motif remaja berkenaan bertindak sedemikian.

“Kita akan siasat dia punya motif ... apa sebab dia panjat dan lompat pagar,” katanya kepada pemberita, dan menambah perlakuan dan tindakan remaja itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Remaja itu di bawa ke Ibu Pejabat Polis Skudai untuk siasatan lanjut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan isteri mengundi di SK Sri Penanti in Permatang Pauh, Penang. – Foto K.E. OoiDatuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan isteri mengundi di SK Sri Penanti in Permatang Pauh, Penang. – Foto K.E. OoiSementara di Pulau Pinang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengundi di SK Penanti di Permatang Pauh pada pukul 8.50 pagi.

Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng pula mengundi di SMK Chung Hwa pada pukul 8.20 pagi.

Sekarang Lim berada di SJKC Kong Min di Air Itam untuk membantu pengundi keliru di tempat mengundi selepas mereka yang beratur sejak pagi untuk mengambil slip mengundi.

Lim Guan Eng mengundi di Chung Hwa Confucian High School, Pulau Pinang. – Foto The Malaysian InsiderLim Guan Eng mengundi di Chung Hwa Confucian High School, Pulau Pinang. – Foto The Malaysian InsiderCalon kerusi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menemani isterinya mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Pandan Indah pada jam 10.00 pagi disambut dengan meriah.

Orang ramai yang menemui Rafizi tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada Rafizi, disamping bergambar dengan calon tersebut.

“Tahniah, tahniah,” kata seorang pengundi, Ah Cheng, 60, yang bersalaman dengan Rafizi semasa orang ramai sedang beratur untuk mengundi.

Penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di lihat mengundi di Saluran 3, Sekolah Kebangsaan Putrajaya P9(2) dengan isterinya di Putrajaya.

Lawannya, Datuk Husam Musa mengundi di Kelantan. Pengundiaan di Putrajaya berjalan lancar, dengan pengundi muda beratur panjang di Saluran 10 dan 11.

Timbalan Perdana Menteri Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Jalan Meriam, di Johor.

Muhyiddin yang berbaju batik berwarna biru tiba di sekolah itu pada pukul 8.10 pagi dan menjadi antara orang terawal keluar mengundi sejurus pusat pengundian itu dibuka 8 pagi.

Beliau yang mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh diiringi isteri Puan Seri Noorainee Abd Rahman yang turut mengundi di sekolah itu.

Kedua-duanya menyelesaikan proses mengundi itu pada 8.20 pagi dan meluangkan masa bagi para jurugambar merakamkan gambar sambil menunjukkan jari mereka yang telah dicalit dakwat kekal.

Ketua tempat mengundi di SMK Bukit Bandaraya, pusat mengundi di kawasan parlimen Lembah Pantai menafikan khabar angin dakwat kekal telah habis.

“Kita ada botol reserve. Satu botol untuk 100 orang. Kita ada empat hingga enam botol untuk setiap saluran di sini. Ada enam saluran,” kata seorang ketua tempat mengundi, yang tidak mahu dinamakan.

Di laman Facebook Timbalan Muryidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar) yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Arau, beliau menulis: “Saya mengundi pada jam 8.25 pagi dengan dicalitkan jari telunjuk kiri saya penuh dengan dakwat kekal.

“Setelah pulang ke rumah jam 8.50 pagi, saya cuba membersihkan dakwat kekal. Dan saya terperanjat kerana dakwat kekal itu tidak kekal. Hanya dengan basuh menggunakan air biasa tanpa solvent chemical, telah dapat dibersihkan dakwat kekal itu sehingga tidak meninggalkan sebarang kesan.

“Bagaimana SPR menamakan dakwat itu dakwat kekal? Siapa tipu siapa? Samada pembekal menipu SPR atau SPR menipu pengundi atau pengundi menipu dirinya? Rakyat memerlukan penjelasan. Sebagai bukti sila lihat gambar-gambar ini.”

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.